Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Menyemak Pengiktirafan Program Pengajian Menggunakan eSisraf

Mereka yang bakal melanjutkan pelajaran boleh menyemak terlebih dahulu sama ada program pengajian yang ditawarkan mendapat pengiktirafan dari kerajaan atau tidak melalui eSisraf.

Dengan menggunakan eSisraf, bakal pelajar dapat menyemak program pengajian atau kursus yang ditawarkan sama ada benar-benar mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia atau tidak.

Apakah eSisraf?

Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam atau eSisraf adalah satu daftar yang menyenaraikan semua program pengajian dari peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda dan kelayakan yang telah mendapat pengiktirafan rasmi dari kerajaan Malaysia.

Fungsi

Fungsi utamanya adalah untuk dijadikan sebagai sumber rujukan dan panduan kepada pelbagai pihak berkepentingan berkaitan program pengajian tinggi yang dijalankan di dalam dan luar negara.

Akta

Mengikut Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Malaysian Qualifications Agency – MQA), semua program pengajian dan kelayakan yang telah diakreditkan oleh MQA akan didaftarkan dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register – MQR).

Baca juga: Cara Untuk Semak Keputusan Dan Buat Permohonan Rayuan UPUOnline Bagi Lepasan SPM 2020

Tempoh

eSisraf menyenaraikan semua program yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga yang telah diakreditkan oleh MQA serta telah didaftarkan dalam MQR bagi program peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda sehingga 31 Disember 2016 sahaja.

Mulai Januari 2017 iaitu selepas pembubaran Jawatankuasa Tetap Penilaian Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK), semua program yang mendapat akreditasi MQA dan didaftarkan di dalam MQR membawa maksud ianya telah mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia dan disyorkan nilai tarafnya dalam sektor Perkhidmatan Awam.

Peringkat

eSisraf hanya menyenaraikan kelayakan sehingga Ijazah Pertama sahaja kerana kebanyakan skim perkhidmatan memerlukan sehingga peringkat Ijazah Pertama sahaja.

Bagi pengiktirafan kelayakan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ph.D, kerajaan Malaysia telah menggunapakai dasar sedia ada seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2009.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari laman eSisraf di https://www2.mqa.gov.my/esisraf/

2) Pilih dan klik ‘Semakan Kelayakan’.

Pengiktirafan Program Pengajian Menggunakan eSisraf

3) Pilih dari senarai ‘Negara’ dan ‘Institusi’ yang diingini.

4) Masukkan ‘Kelayakan’ dan tekan butang ‘CARI’.

eSisraf

5) Klik pautan yang diberi untuk perincian kelayakan.

Langkah-Langkah Untuk Menyemak Pengiktirafan Program

6) Cetakan boleh dibuat dengan mengklik ikon Pencetak di sudut atas bahagian kanan.

Menyemak Pengiktirafan Program Pengajian eSisraf

Nota: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) tidak akan mengeluarkan surat pengesahan kelayakan secara individu. Cetakan kelayakan adalah memadai untuk sebarang tujuan keperluan pengiktirafan program.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pengiktirafan program pengajian menggunakan eSisraf, sila hubungi:

Telefon:  03-8688 1900

E-mel: [email protected]

Sumber: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Leave a Reply