Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Menyemak Status Permohonan Dan Tarikh Bayaran i-Citra KWSP Di Bawah Pakej PEMULIH

Ahli KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang telah memohon untuk membuat pengeluaran i-Citra di bawah pakej PEMULIH kini boleh menyemak status permohonan sama ada diluluskan atau tidak.

Selain dari menyemak status permohonan i-Citra PEMULIH, ahli KWSP juga kini boleh menyemak jadual tarikh mula dan tarikh akhir bayaran akan diterima.

Apakah i-Citra?

Di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan pada 28 Jun 2021 oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, KWSP telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra yang dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000 dan bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.

Baca juga: Cara Untuk Memohon i-Citra KWSP Di Bawah Pakej PEMULIH

Tempoh permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Tempoh bayaran

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

LANGKAH-LANGKAH

Untuk menyemak status permohonan i-Citra

1) Layari laman web i-Citra di: https://icitra.kwsp.gov.my/

Status Permohonan Dan Tarikh Bayaran i-Citra KWSP Di Bawah Pakej PEMULIH

2) Pilih dan klik ‘SEMAK STATUS PERMOHONAN’.

3) Masukkan Nombor MyKad/MyPR atau Nombor Pasport/MyKAS seperti dalam permohonan.

4) Masukkan Nombor Telefon Bimbit.

5) Buat pengesahan ‘Saya bukan robot’.

6) Klik ‘SEMAK STATUS’.

i-Citra KWSP Di Bawah Pakej PEMULIH

7) Anda akan memperolehi keputusan permohonan anda sama ada diluluskan, tidak diluluskan atau sedang diproses.

Sekiranya diluluskan, tarikh mula pembayaran pertama yang dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda turut dimaklumkan bersama.

Sekiranya permohonan anda masih diproses, susulan untuk semakan status seterusnya turut akan diberitahu.

i-Citra KWSP PEMULIH

Untuk menyemak jadual tarikh pembayaran i-Citra

1) Layari laman web i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member atau muat turun aplikasi i-Akaun di Google Play atau App Store

2) Daftar atau log masuk ke akaun anda.

3) Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’ dan pilih i-Citra.

Tarikh Bayaran i-Citra

Maklumat lanjut dan pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai cara untuk menyemak permohonan dan tarikh bayaran i-Citra KWSP di bawah pakej PEMULIH bolehlah diajukan melalui:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP  (Facebook | Twitter | Instagram)
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Sumber:  KWSP

Leave a Reply

Your email address will not be published.