Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Memohon Bantuan Kewangan Khas OKU RM500 Sebulan Di Bawah Pakej PEMULIH

Kerajaan menawarkan bantuan kewangan khas bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang layak di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Bantuan kewangan khas di bawah PEMULIH ini melibatkan peruntukan sebanyak RM30 juta dan dijangka memanfaatkan lebih 20,000 golongan OKU.

Apakah bantuan kewangan khas OKU di bawah pakej PEMULIH?

Bantuan ini disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU (bukan penerima Bantuan Bulanan JKM) yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.

Baca juga: Cara Untuk Memohon Skim Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Untuk Golongan OKU

Objektif

1) Membantu secara kewangan kepada OKU yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

2) Membantu OKU yang hilang pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

3) Mengenalpasti bilangan sebenar OKU yang bekerja namun tidak menerima sebarang bantuan bulanan kerajaan.

4) Insentif kepada OKU yang produktif tetapi terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19 selama hampir 1 tahun setengah.

Kadar dan tempoh pembayaran

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM500 sebulan dan dibayar setiap bulan selama tempoh 3 bulan.

Kaedah dan tempoh bayaran dibuat

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) akan melaksanakan bayaran ke akaun pemohon dalam masa 14 hari.

Tarikh permohonan

Permohonan boleh dikemukakan mulai 19 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021.

Syarat-syarat kelayakan

1) OKU yang berdaftar dengan JKM

2) OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja.

3) OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM.

4) OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji.

5) OKU yang bukan kakitangan kerajaan.

LANGKAH-LANGKAH

Permohonan boleh dikemukakan melalui 3 kaedah berikut:

1) Layari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pilih negeri pemohon dan klik pautan untuk mengisi borang permohonan Google Form secara atas talian.

Pautan: Laman web JKM

Bantuan Kewangan Khas OKU

2) Muat turun dan isi borang permohonan untuk dihantar ke PKMD masing-masing ATAU dimasukkan ke dalam dropbox yang disediakan ATAU dihantar dalam bentuk pdf ke alamat e-mel: [email protected]

Pautan: BORANG PERMOHONAN

Borang Bantuan Kewangan Khas OKU Pakej PEMULIH

3) Muat turun dan isi borang permohonan untuk dihantar kepada pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan/Non-Governmental Organization (NGO) dan diserahkan kepada pihak PKMD.

NOTA: Pastikan setiap permohonan disertakan/dimuat naik dengan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad OKU/Dokumen Pengenalan Sementara OKU.
  • Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif/slip berkaitan nombor akaun bank/sebarang dokumen sokongan yang berkaitan.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan kewangan khas OKU di bawah PEMULIH ini, sila hubungi nombor-nombor berikut:

Maklumat Lanjut

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

Leave a Reply

Your email address will not be published.