Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Bantuan Khas Pengusaha TASKA Di Bawah Pakej PEMULIH

Kerajaan menawarkan bantuan kewangan khas bagi pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang layak di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Bantuan khas untuk pengusaha TASKA di bawah PEMULIH ini bakal memberi manfaat kepada lebih 4,400 pengusaha TASKA seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta lebih 8,000 pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan (KPM).

Apakah bantuan khas pengusaha TASKA di bawah pakej PEMULIH?

Bantuan ini diumumkan pada 28 Jun 2021 oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertujuan untuk meringankan beban pengurusan TASKA dalam mematuhi Panduan Pencegahan (SOP) Penularan COVID-19 yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Menyemak Status Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) Dan Bayaran Tambahan RM1,000 Di Bawah Pakej PEMULIH

Kategori TASKA yang layak

Kategori TASKA yang layak memohon bantuan khas ini adalah berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] seperti berikut:

1) TASKA Institusi

  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan.
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

2) TASKA Di Tempat Kerja

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan.
  • Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja.

3) TASKA Komuniti

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan.
  • Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar.

4) TASKA Rumah

  • Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan.
  • Dijalankan di kediaman sendiri.

Kadar bayaran

1) RM3000 untuk TASKA Institusi, TASKA Di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti.

2) RM800 untuk TASKA Rumah.

Cara pembayaran

Pindahan wang secara Electronic Funds Transfer (EFT) akan dibuat ke dalam akaun bank atas nama TASKA oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tarikh permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai 19 Julai 2021 hingga 31 Ogos 2021.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari laman web JKM untuk memuat turun dan mengisi Borang Permohonan dan Senarai Semak.

Bantuan Khas Pengusaha TASKA PEMULIH

Pautan:

(Borang Permohonan dan Senarai Semak boleh juga didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian/Cawangan yang berdekatan)

2) Kemaskini maklumat pengusaha TASKA dalam Sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC). Pengemaskinian juga boleh dibuat menggunakan aplikasi telefon pintar Android dari Google Play.

Web NCDC

Pautan:

App NCDC

3) Buat temujanji untuk mengemukakan borang dan membuat pengesahan dokumen sokongan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian/Cawangan yang berdekatan.

Pautan:

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan khas pengusaha TASKA di bawah PEMULIH ini, sila hubungi:

1) Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah/Jajahan/Bahagian/Cawangan yang berdekatan.

2) Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996.

3) Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di talian 019-2615 999.

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

Leave a Reply

Your email address will not be published.