Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Memohon Bantuan Prihatin Kasih Asnaf 3.0 MAIWP Sebanyak RM500 Secara ‘One-Off’

Permohonan bagi menerima Bantuan Prihatin Kasih Asnaf 3.0 MAIWP telah dibuka kepada orang ramai yang layak di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bantuan Prihatin Kasih Asnaf 3.0 MAIWP  ini ditawarkan khas kepada penjaja pasar malam yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Apakah Bantuan Prihatin Kasih Asnaf 3.0 MAIWP?

Program bantuan yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini disasarkan kepada golongan penjaja pasar malam di sekitar Kuala Lumpur. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut bertindak sebagai pemudahcara dalam program bantuan ini.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 Sebanyak RM500 Secara ‘One-Off’

Bantuan Prihatin Kasih Asnaf 3.0 MAIWP

Objektif

Program bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan peniaga dan penjaja yang terjejas akibat kehilangan sumber pendapatan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Syarat kelayakan

Penjaja pasar malam di sekitar Kuala Lumpur yang berdaftar dengan DBKL dan menepati kriteria dan proses tapisan oleh pihak MAIWP.

Jumlah pembayaran

Sumbangan secara one-off yang akan diberikan adalah bernilai sebanyak RM500.

Cara pembayaran

Sumbangan akan dibayar secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank pemohon selepas permohonan diluluskan.

Tempoh permohonan

Permohonan dibuka mulai 19 Julai 2021 sehingga 15 Ogos 2021.

LANGKAH-LANGKAH

Untuk membuat pendaftaran

1) Layari portal rasmi eLesen DBKL di https://elesen.dbkl.gov.my

2) Pilih ‘Peruntukan Khas MAIWP COVID-19 Penjaja Pasar Malam Kuala Lumpur Sumbangan One-Off RM500’ dan tekan butang ‘Daftar Sekarang’.

Pendaftaran Bantuan Prihatin Kasih Asnaf 3.0 MAIWP

3) Pilih ‘Pendaftaran’.

4) Masukkan ‘No. Kad Pengenalan Baru’ dan tekan butang ‘SETERUSNYA’.

5) Isi maklumat bank anda dan tekan butang ‘SETERUSNYA’.

6) Buat pengesahan dan tekan butang ‘HANTAR’.

  • Permohonan anda akan diproses oleh pihak MAIWP dalam masa beberapa hari bekerja.

Untuk membuat semakan

1) Layari portal rasmi eLesen DBKL di https://elesen.dbkl.gov.my

2) Pilih ‘Peruntukan Khas MAIWP COVID-19 Penjaja Pasar Malam Kuala Lumpur Sumbangan One-Off RM500’ dan tekan butang ‘Daftar Sekarang’.

Semakan Bantuan Prihatin Kasih Asnaf 3.0 MAIWP

3) Pilih ‘Semakan’.

4) Masukkan ‘No. Kad Pengenalan Baru’ dan tekan butang ‘CARI’.

  • Keputusan permohonan anda akan dipaparkan selepas ianya selesai diproses oleh pihak MAIWP.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Prihatin Kasih Asnaf 3.0 MAIWP ini, sila hubungi:

  • Encik Danial dan Puan Atiqah melalui WhatsApp di talian 011-5659 3734 (dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang sahaja).

Sumber: DBKL

Leave a Reply