Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Orang ramai kini boleh memohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 yang disediakan oleh NADMA sebanyak RM5,000 secara one-off.
Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 merupakan bantuan kewangan khas yang disediakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Ia merupakan bantuan secara one-off yang diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia yang berkaitan dengan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).
Jumlah bantuan yang diberikan kepada waris si mati adalah sebanyak RM5,000 yang diberikan secara one-off.
1) Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja yang terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
2) Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja yang layak untuk diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati.
3) Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih dari satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan yang pertama sahaja.
Baca juga: Cara Untuk Memohon Bantuan Prihatin Kasih Asnaf 3.0 MAIWP Sebanyak RM500 Secara ‘One-Off’
Bayaran bantuan khas NADMA ini akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan bayaran berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
1) Muat turun Borang Permohonan (Lampiran A) menggunakan pautan di bawah ini.
Pautan: Garis Panduan & Borang Permohonan
2) Isikan Borang Permohonan (Lampiran A) dengan lengkap dan pastikan borang permohonan tersebut disertakan juga dengan dokumen-dokumen sokongan berikut (permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak):
Senarai semak:
2) Hantar permohonan yang lengkap melalui pos/e-mel/WhatsApp ke NADMA:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA ini, sila hubungi:
Sumber: Facebook NADMA