Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Mendaftar Perniagaan Di Bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Untuk B40 Dan Pelajar IPT

Golongan B40 dan pelajar IPT kini boleh mendaftar perniagaan mereka di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

Melalui SPPP ini, golongan B40 dan pelajar IPT boleh menikmati beberapa pengecualian fi pendaftaran perniagaan yang ditetapkan oleh SSM.

Mendaftar Perniagaan Di Bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Apakah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)?

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah penjenamaan semula Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2017 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan fi pendaftaran.

Berkuatkuasa pada 22 Disember 2020, skim ini turut dibuka kepada golongan usahawan belia dan ibu tunggal dalam kumpulan berpendapatan B40.

Mulai 15 Februari 2021, SPPP dilancarkan dan diperluaskan. Skim ini dilaksanakan sehingga peruntukan geran habis digunakan.

Baca juga: Cara Untuk Memohon Bantuan Prihatin Kasih Asnaf 3.0 MAIWP Sebanyak RM500 Secara ‘One-Off’

Pengecualian fi

SPPP diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan. Sebarang pembaharuan dan penambahan cawangan (sekiranya ada) akan dikenakan bayaran seperti biasa.

Pengecualian fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:

1) Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahun;

2) Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – RM60 setahun; DAN

3) Cetakan maklumat – RM10.

Syarat kelayakan

1) Kategori Usahawan Kumpulan B40:

  • Pemegang MyKad/MyPR;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
  • Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40 (semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); DAN
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.​

Syarat Kelayakan SPPP B40

2) Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa:

  • Pemegang MyKad/MyPR;
  • Wargenagara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
  • Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara; DAN
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Syarat Kelayakan SPPP IPT

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari laman Ezbiz Online di: https://ezbiz.ssm.com.my

2) Masukkan ‘USERNAME’, ‘PASSWORD’, ‘VERIFICATION CODE’ dan klik butang ‘Sign In’.

Ezbiz Online

3) Ikuti arahan yang diberi untuk membuat pendaftaran.

  • Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu, kemudian hadir sekali sahaja di pejabat SSM terdekat untuk pengesahan identiti bagi tujuan keselamatan.
  • Dokumen yang perlu dilampirkan:

Dokumen bagi Usahawan Kumpulan B40:​

(1) Salinan kad pengenalan (depan dan belakang); DAN

(2) Bukti pengesahan menjalankan perniagaan :

  • Permohonan bantuan pinjaman/geran perniagaan; ATAU
  • Dokumen berkaitan jual beli produk atau perkhidmatan; ATAU
  • Gambar pemohon Bersama premis/tempat/gerai perniagaan Bersama pemohon; ATAU
  • Lain-lain dokumen berkaitan.

 Dokumen bagi Kategori Pelajar IPT sepenuh masa:

(1) Salinan kad pengenalan (depan dan belakang); DAN
(2) Salinan kad pelajar; DAN
(3) Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat  Kemahiran.

KEMAS KINI:

Infografik berikut juga boleh dijadikan sebagai panduan:

00

11

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ini, sila e-mel ke: [email protected]

Anda juga digalakkan untuk ‘Like/Follow’ platform media sosial SSM untuk maklumat terkini mengenai SPPP:
• Facebook: Suruhanjaya Syarikat Malaysia
• Instagram: @ssmofficialpage
• Twitter: @ssmofficialpage
• Telegram: https://t.me/ssmofficialpage

Sumber: Facebook SSM

Leave a Reply

Your email address will not be published.