Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Mendapat Vaksinasi COVID-19 Secara ‘Walk-in’ Untuk Penduduk Di Sekitar Lembah Klang

Penduduk di sekitar Lembah Klang kini boleh menerima vaksinasi COVID-19 secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih.

Pemberian vaksinasi secara ‘walk-in’ di sekitar Lembah Klang ini walau bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan dan kategori keutamaan tertentu.

Pengumuman dari Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

Khairy Jamaluddin telah mengumumkan pemberian vaksin menggunakan pendekatan ‘walk in’ atau secara terus di PPV terpilih di sekitar Lembah Klang berkuat kuasa mulai 2 Ogos 2021.

Pemberian vaksin secara terus ini akan menggunakan pendekatan ‘first come, first serve’ atau mendahulukan siapa yang cepat.

Vaksinasi COVID-19 Secara ‘Walk-in’ Lembah Klang

Bergantung kepada kapasiti PPV, mana-mana individu yang gagal mendapatkan suntikan vaksin pada hari berkenaan akan diberikan keutamaan pada keesokan harinya.

Kaedah pelaksanaan ‘walk in’ seterusnya mulai 9 Ogos 2021 akan diumumkan menerusi siaran media daripada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).

Syarat-syarat kelayakan

Untuk warganegara

Tarikh:

  • 2 hingga 4 Ogos – Untuk umur 40 tahun ke atas/golongan komorbid
  • 5 hingga 22 Ogos – Untuk umur 18 tahun ke atas

Untuk bukan warganegara

Tarikh:

  • 9 hingga 11 Ogos – Untuk umur 40 tahun ke atas/golongan komorbid
  • 12 hingga 22 Ogos – Untuk umur 18 tahun ke atas

LANGKAH-LANGKAH

1) Kunjungi PPV yang terpilih seperti berikut:

Untuk warganegara (mulai 2 hingga 22 Ogos, jam 2 petang)

  • Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) HCO F, HCO G dan HCO H
  • Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
  • Hotel Wyndham Acmar, Klang
  • Dewan Tun Razak, Sabak Benam
  • Dewan Komuniti, Serendah
  • Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang
  • Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC)

Untuk bukan warganegara (mulai 9 hingga 22 Ogos, jam 2 petang)

  • Stadium Nasional Bukit Jalil

PPV Terpilih

2) Sertai Program Jangkau Luar Komuniti (outreach) yang bakal diumumkan seperti berikut:

Bermula dari 9 Ogos 2021 dan akan diumumkan oleh CITF. Tarikh, masa dan lokasi program ini adalah bergantung kepada  perancangan pihak yang terlibat iaitu:

  • Badan bukan kerajaan (NGO)
  • Agensi kerajaan yang menganjurkan Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK)
  • Pejabat Daerah
  • Pejabatan Kesihatan

Secara ‘Outreach’

Dokumen yang diperlukan

1) Bukti pemastautin di Lembah Klang seperti kad pengenalan, lesen memandu, bil utiliti dan lain-lain.

2) Surat doktor atau kad rawatan untuk pengesahan sejarah kesihatan (golongan komorbid sahaja).

NOTA: Individu yang telah mendapat tarikh janji temu tidak dibenarkan untuk membuat pembatalan untuk mendapatkan vaksinasi secara ‘walk-in’.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Mendaftar Vaksinasi COVID-19 Bagi Kanak-Kanak Dan Remaja Berusia 12 Hingga 18 Tahun Menggunakan Aplikasi MySejahtera

Maklumat lanjut

Vaksinasi COVID-19 ‘Walk-in’ Penduduk Lembah Klang

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pemberian vaksinasi secara ‘walk-in’ di Lembah Klang, sila kunjungi:

Sumber: Facebook JKJAV

Leave a Reply

Your email address will not be published.