Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Menyemak Keputusan Penempatan Tahun 1 Sesi Persekolahan 2022/2023

Ibu bapa kini boleh menyemak keputusan penempatan Tahun 1 Sesi Persekolahan 2022/2023 bagi anak masing-masing yang bakal menempuh alam persekolahan.

Keputusan penempatan Tahun 1 Sesi Persekolahan 2022/2023 ini adalah berdasarkan permohonan secara atas talian yang telah dibuat mulai 1 Mac hingga 30 April yang lalu.

Dasar Pengoperasian Pendidikan Rendah Wajib

Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia memastikan bahawa jika anaknya mencapai umur 6 tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa, anak itu mesti didaftarkan di sekolah rendah.

Tempoh pendidikan wajib adalah selama 6 tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang.

Ibu bapa yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Mendaftar Vaksinasi COVID-19 Bagi Kanak-Kanak Dan Remaja Berusia 12 Hingga 18 Tahun Menggunakan Aplikasi MySejahtera

Syarat kelayakan

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), murid warganegara dan bukan warganegara yang layak, yang genap berumur 6 tahun pada tahun semasa persekolahan layak memohon ke Tahun 1.

Tahun kelahiran murid adalah seperti berikut:

  • 2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016 (untuk kemasukan ke Sesi Persekolahan 2022)
  • 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017 (untuk kemasukan ke Sesi Persekolahan 2023)

Tarikh permohonan

Permohonan menggunakan Sistem Perkhidmatan Atas Talian KPM (SPATKPM) di https://public.moe.gov.my/ telah bermula 1 Mac hingga 30 April 2021 yang lalu dan telah pun ditutup.

Tarikh keputusan dan rayuan

Keputusan boleh disemak mulai 1 Ogos 2021. Rayuan pula hanya boleh dibuat menggunakan SPATKPM di https://public.moe.gov.my/ mulai 1 Ogos 2021 hingga 30 Ogos 2021 dan keputusan untuk rayuan ini akan diumumkan mulai 1 Oktober 2021.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari SPATKPM di https://public.moe.gov.my/

Keputusan Penempatan Tahun 1

2) Masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan’ dan ‘Kata Laluan’ dan klik ‘DAFTAR MASUK’.

3) Klik ‘Semakan Status Permohonan Tahun 1’ dan pilih ‘Semakan Penempatan’.

4) Keputusan akan dipaparkan.

5) Buat pengesahan dan cetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk rujukan.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk menyemak keputusan penempatan Tahun 1 Sesi Persekolahan 2022/2023, sila hubungi Kementerian Pendidikan Malaysia di:

  • Alamat:
    Blok E8, Kompleks E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62604 W.P. Putrajaya, Malaysia.
  • Telefon: 03-8884 6456

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Leave a Reply