Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Permohonan dibuka bagi mereka yang layak untuk menerima bantuan kewangan sebanyak RM3,000 secara ‘one-off’ di bawah Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS).
Bantuan kewangan Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) merupakan bantuan kepada pengusaha atau penggiat industri sukan dan rekreasi komersial yang terjejas akibat COVID-19 serta menepati syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Bayaran kewangan secara ‘one-off’ sebanyak RM3,000.
Mulai 1 Ogos 2021 sehingga 31 Ogos 2021.
Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 Sebanyak RM500 Secara ‘One-Off’
1) Perniagaan/syarikat adalah sah dan berdaftar di Malaysia;
2) Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dengan jumlah pendapatan atau hasil jualan/perolehan tahunan kurang daripada RM20 juta serta jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang dan merangkumi kategori mikro/kecil/sederhana;
3) Menjalankan perkhidmatan/operasi berorientasikan industri sukan dan rekreasi komersial merangkumi fasiliti, kemudahan, latihan, akademi, konsultasi dan penganjuran acara sukan;
4) Berdaftar di dalam sistem CIMS 3.0 (notification.miti.gov.my) menerusi kluster sukan;
5) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum atau pada 28 Februari 2021; dan
6) Masih aktif menjalankan perniagaan (mempunyai sijil pendaftaran syarikat/perniagaan masih sah).
1) Salinan sijil pendaftaran dan profil perniagaan/syarikat yang dikeluarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) KECUALI bagi perniagaan di Sabah dan Sarawak.
2) Salinan sijil pendaftaran/lesen/permit PBT bagi perniagaan di Sabah dan Sarawak.
3) Salinan akaun/maklumat/penyata bank perniagaan/syarikat terkini (tahun semasa 2021).
1) Layari laman web GPIS menggunakan pautan berikut: Permohonan GPIS
2) Isi dengan lengkap ‘BAHAGIAN 1 – MAKLUMAT PEMOHON’ dan muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
3) Buat pengesahan di ‘BAHAGIAN 2 – PERAKUAN PEMOHON’.
4) Klik butang ‘Hantar’.
1) Muat turun borang permohonan menggunakan pautan berikut: Borang GPIS
2) Isi dengan lengkap ‘BAHAGIAN 1 – MAKLUMAT PEMOHON’ dan ‘BAHAGIAN 2 – PERAKUAN PEMOHON’.
3) Sertakan dengan dokumen sokongan yang diperlukan.
4) E-mel ke Sekretariat Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) di: [email protected]
NOTA:
Untuk maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon bantuan kewangan RM3,000 secara ‘one-off’ di bawah Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) ini, sila hubungi:
Sekretariat Geran Prihatin Industri Sukan,
Bahagian Pembangunan Sukan,
Kementerian Belia dan Sukan,
Aras 13, Menara KBS,
No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4,
62570 Putrajaya.
Telefon : 03-8871 3585/03-8871 3246
E-mel : [email protected]