Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Buat Janji Temu Atas Talian Untuk Urus Niaga JPJ Di Pejabat Pos

Urus niaga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu kini boleh dilaksanakan di pejabat pos secara janji temu.

Janji temu untuk urus niaga JPJ di pejabat pos ini walau bagaimanapun, hanya boleh dilakukan secara atas talian (online) sahaja.

Untuk lain-lain urus niaga pos (selain JPJ), pelanggan dibenarkan untuk masuk terus (walk-in).

Janji Temu Atas Talian Untuk Urus Niaga JPJ Di Pejabat Pos

Tarikh berkuatkuasa

Mulai hari Isnin, 9 Ogos 2021, semua urus niaga JPJ disambung semula di pejabat pos di seluruh negara.

Syarat-syarat

Setiap pelanggan hanya dibenarkan untuk menempah satu (1) slot janji temu sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga (3) urus niaga sahaja untuk setiap janji temu.

Baca juga: Cara Untuk Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) Dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Dengan JPJ Sebelum 30 September 2021

Prosedur Operasi Standard (SOP)

(1) Pakai pelitup muka.

(2) Lakukan pemeriksaan suhu badan.

(3) Imbas kod MySejahtera.

(4) Patuh penjarakan fizikal satu meter.

Maklumat tambahan

(1) Sila tiba 5 minit awal sebelum temujanji.

(2) Sediakan pengesahan temujanji untuk diperiksa.

(3) Elakkan untuk hadir sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala COVID-19.

LANGKAH-LANGKAH

Terdapat 2 cara untuk membuat janji temu secara atas talian iaitu:

Melalui laman web

(1) Layari laman web rasmi Pos Malaysia di https://www.pos.com.my/

Janji Temu Atas Talian JPJ

(2) Klik ‘Outlet Finder’ dan cari pejabat pos berhampiran dengan memasukkan alamat, poskod, bandar atau negeri pilihan anda.

Outlet Finder

(3) Klik pautan ‘Book your JPJ service appointment’.

Book Your JPJ Service Appointment

(4) Pilih perkhidmatan yang anda perlukan.

Select Service

(5) Tentukan tarikh serta masa janji temu mengikut kesesuaian anda.

Select Time

(6) Isi butiran yang diperlukan dengan lengkap dan klik butang ‘Book’.

Book

(7) Simpan tangkap layar (screenshot) untuk semakan dan pengesahan janji temu.

(8) Untuk batalkan janji temu, klik butang ‘Cancel’. Untuk menukar tarikh pula, klik butang ‘Reschedule’. Tempahan janji temu baharu boleh dibuat dengan menekan butang ‘New booking’.

Melalui aplikasi telefon pintar

(1) Muat turun aplikasi telefon pintar di Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery.

Aplikasi Telefon Pintar

(2) Buka aplikasi dan ikuti Langkah-Langkah (2) hingga (8) di atas untuk menempah janji temu anda.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk buat janji temu atas talian untuk urus niaga JPJ di pejabat pos, sila hubungi:

Sumber: Facebook Pos Malaysia Berhad

Leave a Reply