Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Mereka yang layak dijemput untuk memohon rumah di bawah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) anjuran Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Program RMR diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
SPNB pula adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (diperbadankan) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.
SPNB kini diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 3 Ogos 2018.
Baca juga: Cara-Cara Untuk Memohon Elaun Mencari Pekerjaan Di Bawah Program SIP Prihatin 2.0 PEMULIH
1) Warganegara Malaysia.
2) Umur 18 tahun ke atas.
3) Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.
4) Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
5) Mempunyai tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut.
6) Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
7) Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
NOTA:
Berikut merupakan kaedah pelaksanaan dan ciri-ciri program Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB:
Tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/perjanjian serta tertakluk kepada terma dan syarat.
1) Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
2) Salinan Kad Pengenalan tuan tanah.
3) Salinan Kad Pengenalan Pemohon Kedua (jika berkaitan).
4) Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan Sijil Carian Rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
5) Slip gaji terkini (3 bulan)/Surat Akuan Sumpah pendapatan/Surat Pengesahan Pendapatan pemohon/pemohon kedua*.
6) Surat Akuan Sumpah/Surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
7) Surat Akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
8) Salinan sijil nikah pemohon.
9) Borang Laporan Tapak Bergambar.
NOTA:
1) Layari laman web RMR Online di https://rmr.spnbonline.com.my/
2) Klik ‘Pendaftaran Baru’ dan isi ‘Borang Pendaftaran Login’ dengan lengkap.
3) ‘Login ID’ (alamat e-mel) dan ‘Kata Laluan’ akan dihantar kepada pemohon.
4) Gunakan ‘Login ID’ dan ‘Kata Laluan’ yang diberikan untuk log masuk RMR Online.
5) Lengkapkan borang dan isi maklumat yang diperlukan ke dalam sistem secara atas talian.
6) Klik ‘Selesai Pendaftaran Borang’ dan ‘Cetak Borang’.
7) Hantar borang berserta dokumen yang diperlukan ke Pejabat SPNB Negeri yang berdekatan (rujuk senarai menggunakan pautan ini: Lokasi Pejabat SPNB Negeri)
NOTA:
Untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk memohon rumah di bawah program Rumah Mesra Rakyat (RMR) anjuran SPNB, sila hubungi: