Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Buat Janji Temu Atas Talian Untuk Urus Niaga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Menggunakan MyJanjiTemu

Urusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini lebih mudah dengan janji temu atas talian menggunakan MyJanjiTemu.

Apakah MyJanjiTemu?

MyJanjiTemu merupakan tempahan melalui sistem untuk urus niaga JPN secara atas talian (online) yang dibuat berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve).

Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh kerajaan dapat dipatuhi.

Jenis urusan

1) Pendaftaran kelahiran anak.

2) Permohonan Kad Pengenalan.

3) Permohonan anak angkat.

4) Permohonan kahwin bukan Islam.

5) Permohonan cerai bukan Islam.

6) Pendaftaran kematian ahli keluarga.

7) Permohonan menjadi warganegara Malaysia.

NOTA: Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu. Sila rujuk laman web rasmi JPN untuk senarai dokumen lengkap.

Tarikh dan waktu

Permohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dan sehingga lima (5) bulan dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan.

Pemohon perlu berada di pejabat JPN sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak JPN berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya pemohon tiba lewat.

NOTA: Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi cawangan JPN masing-masing.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Buat Janji Temu Atas Talian Untuk Urus Niaga JPJ Di Pejabat Pos

Prosedur Operasi Standard (SOP)

Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di JPN adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara.

Pemohon yang mempunyai simptom seperti demam dan batuk, tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula.

NOTA: Perkhidmatan Sistem MyJanjitemu ini adalah percuma. Pihak JPN tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan pendaftaran termasuklah permohonan janji temu.

LANGKAH-LANGKAH

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) MyJanjiTemu

1) Layari laman web MyJanjiTemu di: https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/ atau imbas kod QR berikut:

Imbas kod QR

2) Klik ‘MULA TEMPAHAN’.

3) Buat pengesahan dan klik ‘SETERUSNYA’.

Pengesahan

4) Pilih ‘Negeri’, ‘Pejabat JPN’ dan ‘Perkhidmatan’ yang anda inginkan dan klik ‘SETERUSNYA’.

5) Pilih ‘Tarikh’ untuk temujanji dan klik ‘Semak’.

6) Pilih ‘Masa’  untuk temujanji dan klik ‘SETERUSNYA’.

7) Isi ‘Maklumat Anda’ dan klik ‘HANTAR’.

8) Simpan tangkap layar (screenshot) ‘Slip Tempahan’ yang dipaparkan untuk semakan dan pengesahan janji temu.

NOTA: Semakan dan pembatalan janji temu turut boleh dibuat di laman web yang sama dengan memilih ‘SEMAK/BATAL PERMOHONAN’.

Semak Permohonan

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk buat janji temu atas talian untuk urus niaga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menggunakan MyJanjiTemu, sila hubungi:

  • Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
    No 20, Persiaran Perdana, Presint 2
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • 03-8880 7077, 03-8880 8076
  • [email protected]

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Leave a Reply