Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Membuat Janji Temu Atas Talian Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Menggunakan Sistem Temujanji Online (STO)

Urusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini boleh dilakukan dengan cara membuat janji temu atas talian terlebih dahulu menggunakan Sistem Temujanji Online (STO).

Apakah Sistem Temujanji Online (STO)?

STO merupakan sistem tempahan janji temu atas talian (online) bagi urusan JIM dan berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve).

Slot yang disediakan untuk janji temu adalah terhad dan sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pemohon perlu membuat pilihan lain.

NOTA: Pihak Imigresen tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk membuat janji temu dan janji temu atas talian melalui STO adalah percuma.

Tarikh dan slot

Permohonan janji temu boleh dibuat seawal tiga (3) bulan sebelum tarikh janji temu dan tertakluk kepada kekosongan.

Tarikh dan slot masa pula adalah mengikut waktu operasi/waktu pejabat rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah cawangan.

Pemohon perlu hadir sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu janji temu. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya pemohon lewat tiba.

NOTA: Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat.

Baca juga: Cara Untuk Buat Janji Temu Atas Talian Untuk Urus Niaga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Menggunakan MyJanjiTemu

Jenis urusan

1) Program Rekalibrasi Tenaga Kerja

2) Program Rekalibrasi Pulang

3) Bahagian Khidmat Ekspatriat

4) Bahagian Visa, Pas & Permit

5) Bahagian Keselamatan & Pasport

6) Bahagian Pekerja Asing

7) Bahagian Operasi, Siasatan & Pendakwaan

NOTA: Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu. Sila rujuk laman web rasmi JIM untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari laman web Sistem Temujanji Online (STO) di: http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/home.php atau imbas kod QR berikut:

Sistem Temujanji Online (STO)

2) Klik TERUSKAN.

Klik TERUSKAN

3) Pilih JABATAN, BAHAGIAN/CAWANGAN/UNIT, URUSNIAGA, dan TARIKH TEMUJANJI.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sistem Temujanji Online (STO)

4) Selepas SLOT TEMUJANJI dipaparkan, klik ‘Next’.

Klik Next

5) Lengkapkan butiran yang diperlukan dan klik SUBMIT.

6) Klik OK untuk pengesahan penghantaran.

7) E-mel makluman akan dihantar kepada pemohon.

8) Cetak atau simpan tangkap layar (screenshot) ‘Slip Temu Janji’ yang dipaparkan untuk semakan dan pengesahan janji temu.

NOTA: Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihan maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk membuat permohonan janji temu atas talian Jabatan Imigresen Malaysia, sila hubungi Sistem Pertanyaan Online JIM di pautan berikut:

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.