Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) Anjuran TEKUN Nasional

Usahawan mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19 kini boleh memohon Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) anjuran TEKUN Nasional.

Apakah Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) TEKUN Nasional?

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 atau Covid Business Recovery Micro (CBRM 2.0) adalah pembiayaan untuk usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan baharu yang menjalankan perniagaan dalam bidang non-essential, aktiviti sosial dan aktiviti rangkaian yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 bagi membolehkan mereka kembali beroperasi dan memulihkan semula perniagaan mereka.

Syarat kelayakan

1) Bumiputera/India dan warganegara Malaysia.

2) Berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun).

3) Mempunyai lesen/permit daripada pihak berkuasa tempatan atau mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

4) Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.

5) Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak.

6) Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan.

7) Baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM100,000.

8) Aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah.

Sektor yang layak

1) Peruncitan.

2) Perkhidmatan.

3) Pembuatan.

4) Kontraktor kecil.

5) Perniagaan atas talian (online).

6) Pertanian.

7) Perusahaan asas tani.

Jumlah pembiayaan

Jumlah pembiayaan sebanyak RM1,000 hingga RM10,000 ditawarkan kepada usahawan baru manakala RM1,000 hingga RM20,000 ditawarkan kepada usahawan TEKUN yang sedia ada.

Kadar keuntungan

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0%.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

Tempoh kelulusan

Proses kelulusan mengambil masa 7 hari bekerja (tertakluk kepada terma dan syarat).

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari Sistem TEKUN Online di: https://tekunfin.tekun.gov.my/login

2) Klik ‘Daftar Akaun.’

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) TEKUN Nasional

3) Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Hantar.’

LANGKAH-LANGKAH

4) Masukkan NO. KAD PENGENALAN serta KATA LALUAN dan tekan ‘Log Masuk’.

CBRM 2.0 TEKUN Nasional

5) Isi butiran perniagaan dengan lengkap.

6) Semak dan hantar.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk memohon Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) Di Bawah TEKUN Nasional, sila hubungi Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara di pautan berikut:

Pejabat Cawangan TEKUN

atau di media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube:  @tekunasional

serta di talian telefon 03-9059 8888 (waktu pejabat) dan laman web https://fems.tekun.gov.my/

Sumber: TEKUN Nasional

Leave a Reply