Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Mendaftar Dalam Sistem Pangkalan Data Bersepadu Isi Rumah Miskin – eKasih

Isi rumah dari golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa kini boleh mendaftar dalam sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin, eKasih.

Apakah eKasih?

eKasih bukanlah program bantuan kerajaan, tetapi merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.

eKasih berfungsi sebagai bank data kemiskinan dan diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Data dari sistem eKasih ini dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

Sistem ekasih dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan telah digunakan sepenuhnya sejak bulan Jun 2008 lagi.

Ciri-ciri eKasih

1) Semakan status kemiskinan secara atas talian (online).

2) Penyelarasan maklumat bantuan.

3) Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara atas talian (online).

4) Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

5) Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.

6) Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Menerima Bantuan Bulanan RM100 Di Bawah Program PRIHATIN Kasih Dan Menggunakan Sistem Tanpa Tunai MyKasih

Maklumat yang diperlukan

1) Maklumat Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR).

2) Maklumat lokasi.

3) Alamat kediaman.

4) Pendidikan.

5) Kemahiran dan pekerjaan.

6) Pemilikan harta.

7) Tahap kesihatan.

8) Pendapatan.

9) Bantuan yang diterima.

NOTA: KIR merupakan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal. AIR pula ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.

Syarat kelayakan

Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

PGK ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali.

PGK semasa (tahun 2019) adalah seperti berikut:

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

NOTA: Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan bulanan semua ahli isi rumah dalam sesuatu tempat kediaman dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.

LANGKAH-LANGKAH

1) Hubungi dan hadir sendiri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan;

PPN Perlis: 04-973 1976

PPN Kedah: 04-720 9236

PPN P. Pinang: 04-2185 700

PPN Perak: 05-2497 400

PPN Selangor: 03-5521 3600

PPN W. Persekutuan: 03-4042 0260/61

PPN N. Sembilan: 06-765 9945

PPN Melaka: 06-333 3333

PPN Johor: 07-223 4777

PPN Pahang: 09-5178 208

PPN Terengganu: 09-6272 000

PPN Kelantan: 09-7455 000

PPN Sabah: 088-484 800

PPN Sarawak: 082-446 582

ATAU

hubungi Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) melalui surat, telefon, faks, atau e-mel rasmi berikut;

Alamat: Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya.

Telefon: 03-8000 8000

Faks: 03-8888 3528/3646

E-mel: [email protected]

ATAU

lapor kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

2) Buat semakan pendaftaran eKasih di: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

Semakan pendaftaran eKasih

Hanya masukkan ‘No. KP’ dan tekan ‘Klik Untuk Carian’.

NOTA: Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk mendaftar dalam Sistem Pangkalan Data Bersepadu Isi Rumah Miskin eKasih, sila hubungi Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Sumber: Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri

Leave a Reply

Your email address will not be published.