Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Orang ramai kini boleh merebut peluang untuk mendapatkan diskaun saman sehingga 70% dari JPJ sempena sambutan Merdeka.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menawarkan diskaun 70% ke atas notis saman dalam kempen pembayaran saman sempena sambutan Hari Merdeka Ke-64 yang bertemakan Malaysia Prihatin.
Pengurangan ke atas notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem MySIKAP JPJ.
Tawaran pengurangan saman ini dibuat bagi meringankan beban rakyat, berikutan kemelut ekonomi yang melanda segenap lapisan masyarakat ekoran pandemik COVID-19.
1) Semua saman JPJ yang boleh dikompaun atau notis saman yang telah yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Angka Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya, termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam (blacklist).
2) Semua saman JPJ yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh tawaran yang dinyatakan.
NOTA: Bagi pesalah lalu lintas yang disenarai hitam, mereka dikehendaki hadir semula ke pejabat JPJ (cawangan atau negeri), bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan.
Kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.
18 Ogos 2021 sehingga 16 September 2021.
1) Buat semakan saman JPJ menggunakan pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
Hanya masukkan ‘Pilihan Carian’, ‘Kategori ID’, ‘No. ID’, ‘Kod Sekuriti’ dan klik butang ‘Semak’.
2) Buat pembayaran saman di kaunter, kiosk ATAU transaksi dalam talian JPJ menggunakan portal mySIKAP.
Hanya log masuk, pilih menu ‘Kesalahan dan Penalti’ dan buat pencarian dengan memilih ‘Cari’.
Pilih saman dengan status ‘BOLEH DIKOMPAUN’, ‘PILIH KAEDAH PEMBAYARAN’ dan ‘Teruskan’. Resit akan dipaparkan apabila proses pembayaran selesai.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk mendapatkan tawaran diskaun 70% dalam kempen pembayaran saman JPJ sempena sambutan Merdeka, sila hubungi:
Jabatan Pengangkutan Jalan
Aras 3-5, No. 26,
Jalan Tun Hussein, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 WP Putrajaya
Talian Pertanyaan Umum JPJ: 03-8000 8000
Sumber: Portal Rasmi JPJ