Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) namun terjejas akibat pandemik COVID-19 kini boleh memohon Skim Pembiayaan Informal (SPIN 2.0) anjuran TEKUN Nasional.
Skim Pembiayaan Informal (SPIN 2.0) adalah skim pembiayaan kepada usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan SSM atau PBT ATAU usahawan yang telah berdaftar dengan SSM atau PBT tetapi tempoh pendaftaran kurang daripada satu (1) tahun.
Untuk membantu usahawan bagi memulihkan dan memulakan perniagaan yang terjejas kesan daripada pandemik COVID-19.
1) Bumiputera/India dan warganegara Malaysia.
2) Berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun).
3) Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.
4) Pengesahan menjalankan perniagaan dari Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK)/Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
5) Permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau daftar perniagaan (SSM) yang kurang dari setahun tempoh pendaftaran.
6) Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak.
7) Bebas daripada tindakan kebankrapan.
8) Aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah.
1) Penjaja kecil.
2) Peniaga yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.
3) Peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah (home-based business).
4) Peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business).
5) Peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian (online business).
6) Peniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran (delivery services).
1) Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen/permit daripada PBT atau daftar perniagaan (SSM).
2) Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM10,000 bagi usahawan yang mempunyai lesen/permit atau daftar perniagaan (SSM) yang didaftarkan dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan.
Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0%.
Proses kelulusan mengambil masa 7 hari bekerja (tertakluk kepada terma dan syarat).
1) Layari Sistem TEKUN Online di: https://tekunfin.tekun.gov.my/login
2) Klik ‘Daftar Akaun.’
3) Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Hantar.’
4) Masukkan NO. KAD PENGENALAN serta KATA LALUAN dan tekan ‘Log Masuk’.
5) Isi butiran perniagaan dengan lengkap.
6) Semak dan hantar.
Untuk maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon Skim Pembiayaan Informal (SPIN 2.0) anjuran TEKUN Nasional, sila hubungi Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara di pautan berikut:
atau di media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube: @tekunasional
serta di talian telefon 03-9059 8888 (waktu pejabat) dan laman web https://fems.tekun.gov.my/
Sumber: TEKUN Nasional