Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Mendaftar Dalam Program Pengembangan Usahawan ‘Skim Zero To Hero’ Anjuran Hijrah Selangor

Warga Selangor tanpa mengira kaum dipelawa untuk menyertai Skim Zero To Hero yang mengkhususkan pembiayaan perniagaan melalui tawaran pakej perniagaan.

Skim ini dianjurkan oleh Hijrah Selangor bagi membantu mereka yang hilang pekerjaan kesan daripada pandemik COVID-19.

Apakah Skim Zero To Hero?

Skim ini menawarkan pembiayaan dalam bentuk pakej perniagaan bagi membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di samping mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan kepada rakyat Selangor.

Skim Zero To Hero Hijrah Selangor

Bimbingan, latihan dan pemantauan akan diberikan oleh syarikat peneraju bagi sama-sama membantu usahawan tersebut terus maju dalam perniagaan yang diceburi.

Jenis bantuan

Pinjaman dalam bentuk pakej perniagaan bernilai sehingga RM5,000.

Syarat kelayakan

1) Tergolong dalam kategori B40 tanpa mengira kaum.

2) Rakyat Selangor atau penduduk yang telah bermastautin di Selangor lebih dari 5 tahun.

3) Berdaftar sebagai pengundi di Selangor.

Dokumen yang diperlukan

1) Dua keping gambar berukuran passport.

2) Salinan Kad Pengenalan.

3) Pengesahan akaun bank.

4) Salinan bil utiliti tempat tinggal.

5) Borang permohonan Hijrah Selangor yang lengkap diiisi.

Pakej pengkhususan yang ditawarkan

1) Bakeri.

2) Kedai gunting/mendandan rambut.

3) Kraftangan.

4) Solekan profesional.

5) Dekorasi kreatif.

6) Jahitan.

7) Makanan dan minuman.

8) Perkhidmatan.

9) Servis digital.

10) Spa bergerak.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Skim Pembiayaan Informal (SPIN 2.0) Anjuran TEKUN Nasional

Senarai syarikat peneraju

Hijrah Selangor telah melantik 38 syarikat peneraju dan setakat ini telah berjaya membantu lebih 800 orang usahawan baharu di Selangor dengan menyediakan lebih 30 pakej perniagaan.

Syarikat-syarikat ini terdiri dari perniagaan seperti spa bergerak, urutan selepas bersalin, bekam, bakeri, jahitan kreatif, dekorasi pelamin, gunting rambut, kraftangan, dobi, cetakan digital, fotografi, nasi lemak, cendol, ais krim, burger, ayam goreng, makanan western dan pelbagai lagi.

Rujuk senarai penuh di SINI

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari laman Google Forms Hijrah Selangor di pautan berikut: https://forms.gle/r2ryDetuBt6Thf6V6

Pilih ‘SKIM ZERO TO HERO’

2) Pilih ‘SKIM ZERO TO HERO’.

3) Isikan butiran yang diperlukan dan tekan ‘Next’.

LANGKAH-LANGKAH

4) Semakan akan dibuat dan anda akan dimaklumkan sama ada anda layak atau tidak.

5) Hubungi 20 cawangan Hijrah Selangor yang berdekatan untuk mengisi borang permohonan. Senarai penuh boleh dilihat di pautan berikut: http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk mendaftar dalam program pengembangan usahawan Skim Zero To Hero, sila hubungi:

Ibu Pejabat Hijrah Selangor,
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Telefon: +603 5519 1692
Faks: +603 5510 1349

E-mel: [email protected]

Sumber: Yayasan Hijrah Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published.