Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Membuat e-JanjiTemu Dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat e-JanjiTemu bagi mereka yang ingin berurusan dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Apakah e-JanjiTemu PTPTN?

e-JanjiTemu PTPTN

e-JanjiTemu PTPTN adalah sistem janji temu secara dalam talian (online) yang disediakan oleh PTPTN bagi membolehkan pelanggan-pelanggan mereka menempah slot janji temu untuk berurusan di kaunter pejabat PTPTN sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Waktu operasi

Kaunter perkhidmatan PTPTN dibuka setiap hari bekerja di seluruh negara kecuali bagi negeri dan daerah yang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Waktu operasi bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan kehadiran adalah hanya melalui janji temu yang telah dibuat sahaja.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Membuat Pembayaran Dan Deposit PTPTN Menggunakan JomPAY

Jenis-jenis urusan

1) Urusan penghantaran borang pembatalan/pertukaran alamat/kemaskini nombor Akaun.

2) Urusan takaful peminjam/SSPN-i/SSPN-i Plus.

3) Pengeluaran/penutupan SSPN-i Plus.

4) Penutupan SSPN-i.

5) Rundingan Ujrah.

6) Rundingan penstrukturan.

7) Rundingan penggabungan pinjaman.

8) Penghantaran cek potongan gaji majikan/cek bendahari (pinjaman/simpanan).

9) Pendaftaran penama SSPN.

10) Permohonan penangguhan disebabkan masih belajar.

11) Pembatalan direct debit.

Maklumat tambahan

1) Pastikan anda mencetak/muat turun/screenshot slip tempahan dan sila kemukakannya semasa hadir.

2) Pelanggan mesti memakai pelitup muka dan tidak bergejala semasa hadir (suhu badan tidak melebihi 37.5 darjah Celsius manakala status di MySejahtera ialah ‘Low Risk’ atau ‘Casual Contact Low Risk’).

3) Sekiranya anda tidak dapat menghadiri janji temu pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, janji temu ini terbatal dan anda perlu membuat tempahan baru.

4) Pelanggan yang telah mempunyai janji temu namun tinggal di kawasan yang sedang dikuatkuasakan PKPD adalah tidak dibenarkan berurusan.

5) Pastikan kebenaran daripada pihak berkuasa diperolehi sekiranya anda tinggal di luar kawasan.

6) Pastikan anda hadir tepat pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Wakil adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

NOTA: Slip tempahan e-JanjiTemu tidak boleh digunakan untuk tujuan merentas daerah/negeri. Pejabat PTPTN berhak untuk tidak menerima pelanggan yang hadir dari luar daerah/negeri.

LANGKAH-LANGKAH

LANGKAH-LANGKAH

Cara-cara untuk membuat e-JanjiTemu PTPTN adalah seperti berikut:

Cara-Cara e-JanjiTemu PTPTN 1

Cara-Cara e-JanjiTemu PTPTN 2

Cara-Cara e-JanjiTemu PTPTN 3

Cara-Cara e-JanjiTemu PTPTN 4

Cara-Cara e-JanjiTemu PTPTN 5

Cara-Cara e-JanjiTemu PTPTN 6

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk membuat e-JanjiTemu dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sila hubungi:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03-2193 3000
Faks: 03-2193 1263e-Aduan: https://eaduan.ptptn.gov.my/app/login

Sumber: Portal Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Leave a Reply

Your email address will not be published.