Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Membuat Janji Temu Online (JTO) Dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Orang ramai yang ingin berurusan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikehendaki untuk membuat janji temu secara dalam talian atau online (JTO) terlebih dahulu.

Ini sejajar dengan keputusan KWSP untuk membuka semula beberapa pejabat cawangan dan kaunter perkhidmatan mengikut lokasi tertentu bulan lalu.

Apakah Janji Temu Online KWSP?

Janji Temu Online KWSP adalah platform yang membolehkan setiap ahlinya membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang dipilih mengikut kesesuaian ahli.

Tempoh permohonan

Ahli KWSP boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online seawal 30 hari kalendar dan selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.

Baca juga: Cara Untuk Menyemak Status Permohonan Dan Tarikh Bayaran i-Citra KWSP Di Bawah Pakej PEMULIH

Waktu operasi

Janji Temu Online (JTO Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Mulai 26 Julai 2021, cawangan KWSP di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 2.00 petang sahaja pada hari bekerja.

Kawasan PKP

Kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 petang pada hari bekerja.

Kawasan PKPD

NOTA: Waktu operasi tertakluk kepada perubahan semasa selaras dengan pengumuman dari kerajaan berhubung dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut negeri. Sila layari laman web rasmi KWSP untuk waktu operasi terkini.

Perkhidmatan yang ditawarkan

1) Pengeluaran Umur 50, 55, 60 Tahun.

2) Pengeluaran Kesihatan.

3) Pengeluaran Kematian.

4) Penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank untuk pengeluaran yang dibuat.

Maklumat tambahan

1) Hanya seorang ahli sahaja dibenarkan berurusan dalam satu-satu janji temu.

2) Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.

3) Ahli dikehendaki menjalani saringan suhu badan, memakai topeng pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan hand sanitiser dan mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera.

4) Ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 2 jam sebelum tarikh yang ditetapkan menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

5) Jika ahli lewat hadir atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, janji temu yang dibuat akan terbatal dan ahli perlu membuat permohonan semula.

LANGKAH-LANGKAH

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat janji temu online KWSP:

LANGKAH-LANGKAH

Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila ke:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP  (Facebook | Twitter | Instagram)
  4. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000

Sumber:  KWSP

Leave a Reply