Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Memohon Kemudahan Bantuan Dan Pemulihan Bersasar (TRRF) Di Bawah Dana Bank Negara Malaysia

Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kini boleh memohon untuk mendapatkan Kemudahan Bantuan Dan Pemulihan Bersasar (TRRF) di bawah dana Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM6 bilion.

Apakah Kemudahan Bantuan Dan Pemulihan Bersasar (TRRF)?

Kemudahan Bantuan Dan Pemulihan Bersasar atau Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF) merupakan kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan perlaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2020, kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan.

TRRF BNM

Syarat kelayakan

1) Perkhidmatan peribadi (membaiki komputer/barangan isi rumah, dobi, dandan rambut, kecantikan).

2) Perkhidmatan makanan dan minuman.

3) Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial.

4) Seni, hiburan dan rekreasi.

5) Perdagangan borong dan runcit.

6) Perkhidmatan perniagaan (aktiviti profesional, saintifik dan teknikal, pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan).

Baca juga: Cara Untuk Memohon Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA Untuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)

Jumlah pembiayaan

PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM500,000 dan sehingga RM75,000 bagi perusahaan mikro.

Tempoh pembiayaan

Sehingga 7 tahun (dengan moratorium ke atas ansuran bulanan selama 6 bulan).

Tujuan pembiayaan

1) Modal kerja.

2) 30% daripada pembiayaan yang diluluskan boleh digunakan untuk membiayai semula pembiayaan sedia ada.

Kadar faedah pembiayaan

Sehingga 3.5% setahun, termasuk fi jaminan.

Cagaran pembiayaan

Tiada cagaran diperlukan di bawah TRRF.

Tarikh permohonan

Sehingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya (mana-mana yang lebih awal).

LANGKAH-LANGKAH

1) Hubungi pusat khidmat pelanggan institusi kewangan yang mengambil bahagian seperti berikut:

  • Affin Bank Berhad/Affin Islamic Bank Berhad
  • Alliance Bank Malaysia Berhad/Alliance Islamic Bank Berhad
  • AmBank (M) Berhad/AmBank Islamic Berhad
  • Bangkok Bank Berhad
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad
  • Bank of China (Malaysia) Berhad
  • Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank Berhad/CIMB Islamic Bank Berhad
  • HSBC Bank Malaysia Berhad/HSBC Amanah Malaysia Berhad
  • Hong Leong Bank Berhad/Hong Leong Islamic Bank Berhad
  • Malayan Banking Berhad/Maybank Islamic Berhad
  • MBSB Bank Berhad
  • OCBC Bank (Malaysia) Berhad/OCBC Al-Amin Bank Berhad
  • Public Bank Berhad/Public Islamic Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad/RHB Islamic Bank Berhad
  • Small Medium Enterprise Development Bank Berhad (SME Bank)
  • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

2) Hantar permohonan terus kepada institusi kewangan tersebut. Kelulusan adalah tertakluk kepada penilaian kredit institusi kewangan yang dipohon.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai cara untuk memohon Kemudahan Bantuan Dan Pemulihan Bersasar (TRRF) di bawah dana Bank Negara Malaysia (BNM), sila:

  1. Layari laman web Bank Negara Malaysia di: https://www.bnm.gov.my/covid19
  2. Kunjungi BNM eLINK di: https://telelink.bnm.gov.my/
  3. Hubungi: 1-300-88-5465 (9 hingga 5 petang)
  4. E-mail: [email protected]

Sumber:  Bank Negara Malaysia

Leave a Reply