Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Mendaftar Dalam Program eRezeki Anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Rakyat Malaysia yang ingin menambah pendapatan boleh mendaftar dalam program eRezeki anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Apakah eRezeki?

Program eRezeki merupakan program anjuran MDEC yang membolehkan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah, menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui platform crowdsourcing secara atas talian.

Peserta yang mendaftar dalam program eRezeki MDEC akan dipadankan dengan kerja-kerja digital yang bersesuaian dengan skil masing-masing.

Sebaik sahaja peserta yang terlatih dan berkelayakan membuat pendaftaran, tugas yang sesuai akan dipadankan dengan kecekapan peserta tersebut.

Tonton video berdurasi 2 minit 50 saat berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai eRezeki:

Syarat kelayakan

1) Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan memegang MyKad yang sah sahaja (nombor MyKad diperlukan semasa pendaftaran).

2) Menetap di Malaysia (mereka yang menetap atau berada di luar negara tidak digalakkan).

Yuran penyertaan

Percuma.

Tempoh pendaftaran

Tempoh proses pendaftaran asas termasuk kemas kini profil mengambil masa lebih kurang 5 minit.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Memohon Elaun Mencari Pekerjaan Di Bawah Program SIP Prihatin 2.0 PEMULIH

Skop kerja

1) Kerja Digital Mikro

Tugasan yang mudah melibatkan pemasukan data, semakan dan pemprosesan imej atau tugasan yang tidak memerlukan kemahiran yang khusus atau tahap kemahiran yang tinggi. Contoh: Mengisi data ke dalam borang atas-talian dan memuat turun serta menguji aplikasi.

2) Kerja Digital

Tugasan berkemahiran tinggi yang ditawarkan melalui pembidaan/penilaian dan tugasan ini dilakukan sepenuhnya secara digital. Contoh: Membangunkan laman web dan aplikasi telefon pintar.

3) Kerja Bukan Digital

Tugasan atau kerja yang tidak memerlukan kemahiran teknikal ICT di mana tugasan ini diberikan secara atas talian, tetapi tugasan itu perlu dilakukan di luar rangkuman atas talian. Contoh: Melaksanakan bancian atau kaji selidik, kru-kru sambilan acara dan program, tukang paip atau juruelektrik.

4) Semua Tugas

Semua kerja yang merangkumi kerja digital mikro, kerja digital dan kerja bukan digital.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari laman web berikut: https://mdec.my/ms/erezeki/

2) Klik ‘Daftar’.

eRezeki MDEC

3) Isi butiran yang diperlukan.

LANGKAH-LANGKAH

4) Buat pengesahan ‘Terma & Syarat’ dan tekan ‘Sertai eRezeki’.

eRezeki

5) Selepas pendaftaran, pautan pengesahan akan dihantar ke akaun e-mel anda.

6) Setelah pautan disahkan, anda akan dapat log masuk untuk mengisi profil anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan akaun Facebook anda.

7) Selepas selesai, anda akan diberi soalan tambahan dan alat pembelajaran yang disediakan untuk membantu memadankan anda dengan tugas dan kerja yang sesuai.

NOTA: Tempoh proses ini bergantung kepada seberapa cepat anda dapat bertindak balas dan memberikan maklumat yang diminta.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai cara-cara untuk mendaftar dalam program eRezeki anjuran MDEC, sila kunjungi atau hubungi MDEC menggunakan pautan berikut:

  • Laman web MDEC di: https://mdec.my/
  • Pertanyaan atas talian di: https://mdec.my/ms/contact-us/
  • Alamat: Malaysia Digital Economy Corporation(MDEC) Sdn Bhd, 2360 Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor.
  • Taip MDEC ASK [ alamat e-mel anda] [ pertanyaan anda] dan hantar ke 15888 atau e-mel ke [email protected]
  • Talian: 1-800-88-8338 (di dalam Malaysia) atau +6 03 8315 3000 (Antarabangsa)

Sumber:  Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Leave a Reply

Your email address will not be published.