Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi kini boleh mendaftar sebagai pengundi secara dalam talian menggunakan MySPR Daftar.
MySPR Daftar merupakan sistem pendaftaran secara dalam talian yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan dibuka kepada rakyat Malaysia yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi atau pemilih.
1) Warganegara Malaysia.
2) Berumur 21 tahun ke atas.
3) Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan.
4) Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa.
Untuk mendaftar menggunakan MySPR Daftar, pastikan anda mempunyai:
1) Nombor telefon bimbit yang sah.
2) E-mel yang sah.
3) Gambar depan Kad Pengenalan.
4) Gambar swafoto bersama Kad Pengenalan.
NOTA: Saiz gambar tidak melebihi 500KB dan menggunakan format jpg, jpeg dan png sahaja.
Hanya 3 langkah mudah untuk mendaftar menggunakan MySPR Daftar iaitu Permohonan, Pengaktifan dan Pendaftaran/Pertukaran:
1) Permohonan
2) Pengaktifan
3) Pendaftaran/Pertukaran
NOTA: Untuk semakan daftar pemilih, layari https://pengundi.spr.gov.my/ atau muat turun aplikasi telefon pintar MySPR Semak di Google Play atau Apple App Store.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk mendaftar sebagai pengundi menggunakan MySPR Daftar, sila hubungi:
Laman web aduan SPR: https://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan
Hotline SPR: +603 8892 7018