Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Membuat Permohonan Kemasukan ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 Sesi 2022

Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi tingkatan 1 dan 4 sesi 2022 kini telah dibuka untuk calon-calon yang berminat.

Permohonan kemasukan ke MRSM 2022

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Permohonan kemasukan ke MRSM 2022

Baca juga: Cara-Cara Untuk Menyemak Keputusan Penempatan Tahun 1 Sesi Persekolahan 2022/2023

Tempoh permohonan

Permohonan secara dalam talian boleh dibuat bermula 29 Ogos 2021 hingga 5 November 2021.

Syarat kelayakan

  1. Calon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan/atau bapa ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon dikehendaki memohon secara dalam talian (online) dan wajibmenduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  4. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022 atau lahir pada 2 Jan 2006 hingga 1 Jan 2007 bagi calon Tingkatan 4 2022.
  6. Calon dari sekolah kebangsaan(tahun 1 hingga 6)/sekolah menengah kebangsaan(tingkatan 1 hingga 3) sahaja.
  7. Ibu bapa/penjaga dan penjamin calon tidak disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

NOTA: Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai SPMRSM, syarat kemasukan, program bantuan dan kebajikan MRSM serta Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), sila rujuk pautan INI.

LANGKAH-LANGKAH

1) Muat turun dan baca dengan teliti Buku Panduan Permohonan MRSM di SINI.

2) Layari laman web permohonan dalam talian MRSM di: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

LANGKAH-LANGKAH

3) Buat perakuan permohonan dan klik butang ‘Setuju’.

Klik ‘Setuju’

4) Buat pilihan permohonan untuk tingkatan 1 ATAU tingkatan 4 dengan menekan butang ‘Klik di sini’.

Permohonan Kemasukan ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 Sesi 2022

5) Teruskan dengan mengisi ‘Daftar Pengguna’, ‘Maklumat Pemohon’, ‘Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga’, ‘Maklumat Pendapatan Keluarga’ serta ‘Halaman Pilihan Program dan MRSM’ dan klik ‘Hantar’.

Klik ‘Hantar’

6) Buat ‘Perakuan Pemohon’ dan ‘Perakuan Penjaga/Bapa/Ibu’ bagi mengesahkan semua maklumat yang diisi adalah benar dan klik ‘Hantar’.

Perakuan

7) Klik ‘Cetak’ untuk mencetak permohonan sebagai rujukan.

Semoga berjaya!

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk membuat permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 sesi 2022, sila hubungi:

E-mel: [email protected]

Talian utama MARA:  03-2613 2000

Laman web rasmi MARA: https://www.mara.gov.my

Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Leave a Reply

Your email address will not be published.