Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Membuat Pembelian Dokumen Sokongan SSM Secara Dalam Talian Menggunakan eDokumen

Pembelian dokumen sokongan SSM kini lebih mudah, cepat dan selamat secara dalam talian menggunakan eDokumen.

Apakah eDokumen?

Perkhidmatan eDokumen merupakan pembelian dokumen sokongan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara dalam talian melalui pautan tambahan yang boleh didapati di portal TEKUN Nasional.

Ia merupakan hasil kolaborasi di antara pihak TEKUN Corporation Sdn. Bhd. dan Raffcomm Technologies Sdn. Bhd. (Rafftech).

Senarai dokumen dan harga

Senarai dokumen beserta harga 5% diskaun yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Senarai dokumen dan harga

Sektor perniagaan yang layak untuk pinjaman TEKUN

Semua sektor Perniagaan dan Syarikat dengan modal berbayar tidak lebih daripada RM300,000.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Skim Pembiayaan Informal (SPIN 2.0) Anjuran TEKUN Nasional

Pemohon yang layak untuk memohon pinjaman TEKUN

  1. Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Berumur di antara 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Pemohon bukan seorang muflis.
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  5. Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah (SSM).
  6. Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile).
  7. Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan.
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000.
  10. Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  11. Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project).
  12. Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  13. Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  14. Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran.
  15. Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
  16. Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise.

LANGKAH-LANGKAH

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari https://www.tekun-eDokumen.my dan masukkan Nombor Pendaftaran Perniagaan/Syarikat. Seterusnya klik ROB (untuk Perniagaan) atau ROC (untuk Syarikat) dan klik ‘Cari’.

Klik ‘Cari’

2) Pilih dokumen sokongan SSM yang ingin dibeli dan klik ‘Sahkan Pembelian’.

Klik ‘Sahkan Pembelian’

3) Pilih kaedah pembayaran ‘Online Banking’, ‘Credit/Debit Card’ atau ‘eWallet’.

4) Isi maklumat pembeli dan klik ‘Teruskan’.

5) Setelah ‘TRANSAKSI BERJAYA’, klik ‘Teruskan’ untuk penjanaan dokumen.

Klik ‘Teruskan’

6) Klik ‘Muat Turun (Download) Dokumen’, untuk melihat dokumen yang telah dibeli.

Muat turun

7) Dokumen dan resit pembelian turut dihantar kepada e-mel yang berdaftar.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara membuat pembelian dokumen sokongan SSM secara dalam talian menggunakan eDokumen, sila hubungi:

E-mel Rafftech: [email protected]

Talian Hotline Rafftech:  1300-30-4636

Laman web: https://www.tekun-edokumen.my

Sumber: TEKUN Nasional

Leave a Reply

Your email address will not be published.