Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor Sesi September 2021

Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah bagi Sesi September 2021 oleh Yayasan Selangor kini dibuka untuk pelajar yang telah menerima tawaran atau sedang dalam pengajian.

Apakah Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor?

Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor merupakan pinjaman yang ditawarkan kepada pelajar dalam pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja) dalam negara.

Pengecualian bayaran balik 100% atau 50% ke atas jumlah pembiayaan hanya akan diberikan kepada peminjam/pelajar yang tamat pengajian dengan keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA bermula 3.50 dan membuat permohonan pengecualian bayaran balik kepada Yayasan Selangor.

Baca juga: Cara Untuk Mendaftar Dalam Program Pengembangan Usahawan ‘Skim Zero To Hero’ Anjuran Hijrah Selangor

Tarikh permohonan

Dibuka mulai 1 September hingga 30 September 2021.

Syarat kelayakan

1) Pemohon adalah warganegara Malaysia.

2) Pemohon atau ibu atau bapa lahir di negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 01 Februari, 1974 atau; Pemohon telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun dan mendapat pengesahan daripada Ahli Dewan Negeri/Penghulu/Ketua Kampung di kawasan tempat tinggal pemohon di negeri Selangor.

3) Pendapatan per kapita keluarga di bawah RM 3,000.00.

4) Pelajar belum menerima sebarang pembiayaan pendidikan dari mana-mana badan penajaan pembiayaan pendidikan.

5) Keutamaan tawaran akan diberikan kepada pelajar Tajaan Yayasan Selangor di bawah program RKPYS/HIPERS dan status kelahiran anak Selangor. Lain-lain keutamaan pemberian tawaran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad.

Kadar pembiayaan

Kadar tajaan yuran tahunan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian dan tertakluk kepada institusi pengajian. Kadar pembiayaan pinjaman pelajaran adalah seperti berikut:

PERINGKAT PENGAJIAN KADAR SETAHUN
Sijil Kemahiran (Institusi milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja) RM 4,000.00 – RM 6,000.00
Diploma RM 2,000.00 – RM 7,000.00
Ijazah Sarjana Muda RM 3,000.00 – RM 8,000.00

LANGKAH-LANGKAH

1) Isi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh dimuat turun dan dicetak di pautan berikut: Borang Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor

Borang Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor

Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah

2) Borang dan dokumen sokongan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup tawaran ke alamat berikut:

Bahagian Pembiayaan Pendidikan
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor melalui telefon atau e-mel berikut:

E-mel: [email protected]

Telefon:  03-7669 1237/188/243/162

Sumber: Yayasan Selangor

Leave a Reply