Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Menyemak Dan Memohon Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Atas Talian Menggunakan Sistem eGUMIS

Individu atau syarikat yang ingin membuat semakan atau memohon Wang Tidak Dituntut (WTD) kini boleh menggunakan sistem atas talian eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System) yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Apakah Wang Tidak Dituntut (WTD)?

Menurut Seksyen 13(1) Akta WTD 1965, WTD merupakan bayaran yang perlu dibuat kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak ke atas wang tersebut dan apabila Pegawai WTD berpuas hati bahawa penerima ialah empunya yang berhak.

Di antara WTD adalah seperti gaji, bonus, komisen, dividen, keuntungan, tuntutan insurans, simpanan tetap matang, cagaran, deposit, baki kredit akaun simpanan dan akaun semasa yang tidak aktif.

Baca juga: Cara-Cara Membuat Pembelian Dokumen Sokongan SSM Secara Dalam Talian Menggunakan eDokumen

Tempoh boleh tuntut

Pada bila-bila masa dan tiada tempoh yang ditetapkan.

Had minimum amaun yang boleh dituntut

Tiada had.

Caj yang dikenakan

Tiada caj.

NOTA: Kementerian Kewangan Malaysia atau Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) tidak pernah melantik mana-mana syarikat/firma atau individu sebagai ejen dalam menguruskan permohonan tuntutan WTD.

LANGKAH-LANGKAH

Semakan WTD

1) Layari laman web eGUMIS di: https://egumis.anm.gov.my/ dan klik ‘Pendaftaran’.

2) Buat pendaftaran pengguna secara atas talian dan klik ‘Daftar’.

Daftar eGUMIS

3) Log masuk eGUMIS di: https://egumis.anm.gov.my/login menggunakan kata laluan yang telah didaftar tersebut.

4) Kemaskini maklumat pengguna.

5) Klik pada ‘Carian Wang Tak Dituntut’ untuk membuat semakan WTD melalui nombor kad pengenalan/nombor pendaftaran syarikat dan klik ‘Cetak’ maklumat WTD tersebut (jika ada).

NOTA: Sistem eGUMIS hanya membenarkan seorang pengguna untuk menyemak WTD dengan menggunakan dua (2) nombor kad pengenalan berbeza dalam satu hari.

Tuntutan WTD

1) Log masuk eGUMIS di: https://egumis.anm.gov.my/login

2) Klik pada ‘Carian Wang Tak Dituntut’ untuk membuat semakan WTD melalui nombor kad pengenalan/nombor pendaftaran syarikat dan klik ‘Cetak’ maklumat WTD tersebut (jika ada).

3) Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut dan pilih ‘Teruskan Dengan Permohonan’.

Teruskan Dengan Permohonan

4) Klik pada ‘Tambah Penerima’ untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya ‘Maklumat Diri’ adalah sama seperti ‘Maklumat Pemohon’. Masukkan maklumat perbankan dan kemudian ‘Simpan’.

5) Muat naik semua dokumen sokongan bagi kategori ‘Mandatori’ dengan mengklik ‘Muat Naik’.

Wang Tidak Dituntut (WTD) eGUMIS

6) Tandakan pada dua kotak sebagai pengakuan bersetuju dengan terma dan syarat untuk membuat tuntutan Wang Tidak Dituntut menggunakan eGUMIS dan klik ‘Hantar’ serta ‘Ya’ untuk menghantar permohonan. Cetak permohonan (jika perlu). Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap disahkan.

Klik ‘Hantar’

Semakan status permohonan

1) Log masuk eGUMIS di: https://egumis.anm.gov.my/login

2) Klik ‘Ringkasan’/’Senarai Permohonan’.

3) Rujuk pada ruangan ‘Status’:

  • DERAF – Permohonan belum dihantar oleh pengguna eGUMIS.
  • BAHARU – Permohonan telah dihantar oleh pengguna eGUMIS.
  • SELESAI – Permohonan telah dibuat pembayaran.
  • KUIRI – Permohonan telah ditolak.

Semakan status permohonan

NOTA: Tempoh pengguna aktif adalah 6 bulan dari tarikh terakhir log masuk ke portal eGUMIS. Akaun pengguna akan dinyahaktif secara automatik dan pengguna perlu mendaftar semula sebagai pengguna baharu sekiranya akaun tidak aktif selama 6 bulan.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) secara atas talian menggunakan Sistem eGUMIS, sila hubungi:

Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
(Accountant General’s Department of Malaysia)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2
No. 7, Persiaran Perdana Presint 2
Kompleks Kementerian Kewangan
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62594 Putrajaya
Telefon: 03-8000 8700/01/02

Sumber: eGUMIS Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.