Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Mendaftar Dalam Program GLOW PEMULIH Anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Golongan pekerja yang diberhentikan kerja, dipotong gaji serta graduan menganggur yang terkesan berikutan pandemik COVID-19 kini boleh mendaftar dalam program GLOW PEMULIH anjuran MDEC.

Apakah GLOW PEMULIH?

Program khas Global Online Workforce (GLOW) merupakan sebuah program di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang dibangunkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM).

Objektif

GLOW PEMULIH bertujuan untuk membantu pekerja yang terjejas akibat pandemik COVID-19 termasuk mereka yang diberhentikan kerja, dipotong gaji melebihi 50% dan graduan menganggur. Seramai 4,000 individu dijangka bakal menerima manfaat menerusi inisiatif ini.

Program ini mensasarkan para peserta untuk berjaya menjadi seorang ‘digital freelancer’ sepenuh masa yang akan melaksanakan tugasan-tugasan kerja dari pasaran global sebagai sumber pendapatan utama/primer.

Syarat kelayakan

  • Individu daripada kumpulan atau kategori berikut:

1) Pekerja yang diberhentikan kerja atau kehilangan pekerjaan;

2) Pekerja yang mengalami pemotongan gaji melebihi 50% oleh majikan; dan

3) Graduan yang baru menamatkan pengajian (tidak melebihi 12 bulan dari tarikh graduasi), masih menganggur atau belum memperoleh sebarang pekerjaan tetap.

  • Keutamaan akan cuba diberikan kepada pekerja-pekerja daripada sektor ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, dan dikenalpasti berpotensi untuk mendapat manfaat daripada model program ini seperti berikut:

1) Pekerja-pekerja dari sektor pelancongan dan hospitaliti (Tourism, Travel & Hospitality).

2) Pekerja-pekerja dari sektor pendidikan, media dan kreatif (Education, Media & Creative).

3) Bagi graduan menganggur, graduan dari bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Kewangan, Linguistik dan Hospitaliti adalah digalakkan untuk memohon.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Mendaftar Dalam Program eRezeki Anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Tarikh pelaksanaan

Bermula September 2021 (tertakluk kepada perubahan atau pindaan oleh pihak Kerajaan Malaysia).

Tempoh latihan

Sesi latihan dan bimbingan secara intensif yang berterusan selama tempoh 6 bulan akan diadakan secara atas talian dan akan dimaklumkan oleh pihak MDEC kepada peserta-peserta yang berjaya terpillih.

Had umur

Berumur di antara 21 hingga 60 tahun sahaja.

Yuran

Tiada yuran atau caj yang dikenakan.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari laman web berikut: https://mdec.my/ms/glowmalaysia/

2) Isi butiran peribadi yang diperlukan dan klik ‘Daftar’.

GLOW PEMULIH MDEC

NOTA:

  • Calon-calon yang berdaftar perlu menjalani ujian penilaian ringkas dan akan disaring terlebih dahulu oleh pihak urusetia.
  • Urusetia program akan menghubungi calon yang berjaya melalui emel/telefon untuk menetapkan tarikh latihan yang bersesuaian (akan diadakan secara atas talian).
  • Peserta yang terpilih perlu bersetuju dan menandatangani Borang AkuJanji Program dengan pihak MDEC terlebih dahulu.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk mendaftar dalam program GLOW PEMULIH anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sila kunjungi atau hubungi MDEC menggunakan pautan berikut:

  • Laman web GLOW PEMULIH di: https://mdec.my/glowmalaysia
  • Pertanyaan atas talian di: https://mdec.my/ms/contact-us/
  • Alamat: Malaysia Digital Economy Corporation(MDEC) Sdn Bhd, 2360 Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor.
  • Taip MDEC ASK [ alamat e-mel anda] [ pertanyaan anda] dan hantar ke 15888 atau e-mel ke [email protected]
  • Talian: 1-800-88-8338 (di dalam Malaysia) atau +6 03 8315 3000 (Antarabangsa)

Sumber:  Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Leave a Reply

Your email address will not be published.