Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Membuka Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) Dengan Tabung Haji

Tabung Haji kini sedang giat menjalankan Kempen Pembukaan Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) dan menawarkan hadiah eksklusif untuk pendeposit yang layak.

Syarat kempen

1) Pembukaan akaun baru Tabung Haji (TH) perlu dibuat secara dalam talian atau maya menerusi VAO.

2) Semasa pendaftaran VAO, pendeposit perlu memilih satu cawangan TH untuk melakukan urusan pengesahan.

3) Pendeposit boleh menyemak nama sekiranya layak melalui pengumuman yang akan dimuatnaik di media sosial dan laman web TH.

4) Tuntutan boleh dibuat selepas senarai nama dimuatnaik dan pendeposit perlu memastikan pengesahan akaun dibuat dalam masa 30 hari selepas tarikh pendaftaran VAO.

5) Pengesahan akaun dibuat dengan syarat deposit minimum RM100.

6) Kelayakan akan terbatal sekiranya pengesahan dibuat di cawangan yang lain, tidak memenuhi syarat deposit minimum atau melebihi tempoh pengesahan akaun.

7) Pendeposit yang memenuhi syarat dan kelayakan kempen akan menerima Tabung Wang TH selepas pengesahan akaun dibuat.

8) Keputusan TH adalah muktamad dan berhak meminda tarikh pengumuman tanpa notis.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi Menggunakan MySPR Daftar

Tempoh kempen

1) Terhad pada tarikh 9 September 2021, 10 Oktober 2021, 11 November 2021 atau 12 Disember 2021 sahaja.

2) Pihak TH berhak menolak penyertaan yang tidak memenuhi syarat atau yang diterima selepas tarikh tersebut.

3) Dengan penyertaan kempen ini, peserta dianggap bersetuju dan faham dengan terma dan syarat.

LANGKAH-LANGKAH

Buka Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) Tabung Haji

1) Layari https://www.thijari.com.my/ atau muat turun aplikasi telefon bimbit THiJARI melalui pautan berikut: Google Play atau Apple App Store

LANGKAH-LANGKAH

2) Klik pada pautan ‘Tiada Akaun TH? BUKA SEKARANG!’ dan lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan mengisi borang Pembukaan Akaun TH dan klik ‘Berikutnya’.

Lengkapkan maklumat

 

Klik ‘Berikutnya’3) Hadir ke mana-mana cawangan TH dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan (anda akan diberi Keutamaan Layanan dan memerlukan masa menunggu selama 1 minit sahaja).

NOTA: Hadiah eksklusif Tabung Wang TH akan diberi kepada pendeposit yang layak semasa pengaktifan akaun di cawangan TH dan terhad kepada 999 pendeposit terawal sahaja mengikut terma dan syarat.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk membuka akaun secara maya atau Virtual Account Opening (VAO) dengan Tabung Haji, sila hubungi:

TH Contact Centre: 03-6207 1919

Khidmat Pesanan Ringkas (SMS): Taip ‘TH <Soalan Anda>’ dan hantarkan ke 33990 (setiap SMS dicaj 50 sen).

E-mel: [email protected]

Laman web: https://www.tabunghaji.gov.my/

Sumber: Portal Rasmi Tabung Haji

Leave a Reply