Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
PERKESO telah melaksanakan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan yang memberikan kemudahan kepada majikan bagi mendapatkan kit ujian saringan untuk setiap pekerjanya.
Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan merupakan program yang dibangunkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk membekalkan Rapid Test Kit (RTK) Antigen kepada majikan susulan pembukaan semula sektor ekonomi semasa Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Program ini terbuka kepada semua majikan yang aktif mencarum dengan PERKESO di mana semua pekerja termasuk pekerja asing adalah layak berdasarkan semakan caruman aktif pekerja dalam portal ASSIST PERKESO.
Program ini mula dilaksanakan pada 6 September 2021.
Penghantaran kit ujian akan dibuat dalam tempoh sehingga sepuluh (10) hari daripada tarikh permohonan oleh majikan.
Ujian saringan COVID-19 bagi program ini boleh dilaksanakan di mana-mana klinik, hospital atau tempat kerja.
Kos perkhidmatan yang dikenakan oleh klinik atau hospital perlu ditanggung oleh majikan.
1) Layari portal Program Saringan Prihatin (PSP) di https://psp.perkeso.gov.my
2) Pilih ‘MAJIKAN’ dan klik ‘Account Registration’.
3) Buat pendaftaran dengan mengisi butiran yang diperlukan dan klik ‘Register’. Majikan perlu menggunakan alamat e-mel yang didaftarkan di portal ASSIST PERKESO bagi mempercepatkan proses pendaftaran.
4) Selepas pendaftaran berjaya, majikan boleh terus membuat permohonan di portal PSP tersebut.
5) Setelah menerima bekalan kit ujian dalam tempoh sepuluh (10) hari, majikan seterusnya perlu menyelaraskan ujian saringan COVID-19 bersama klinik dan hospital yang telah dipilih.
NOTA:
Sebarang kemaskini berkenaan pelaksanaan program ini akan dikemukakan oleh PERKESO dari semasa ke semasa melalui portal PSP di https://psp.perkeso.gov.my.
Sebarang pertanyaan mengenai kit Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan PERKESO ini boleh diajukan melalui e-mel [email protected] atau talian hotline 1-300-22-8000 atau 03-4264 5089.
Sumber: PERKESO