Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Membuat Caruman Sukarela Dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) KWSP

Golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap digalakkan untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) KWSP.

Apakah Insentif Persaraan (i-Saraan) KWSP?

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) atau sebelum ini dikenali sebagai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) merupakan salah satu bentuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan ahlinya yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Golongan yang layak

  1. Petani/nelayan/pemandu teksi.
  2. Peniaga kecil/penjaja/peniaga pasar malam/peniaga uptown.
  3. Pengasuh bayi.
  4. Ejen menerima komisen seperti ejen insurans/hartanah.
  5. Freelancer seperti penerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan dan perunding).
  6. Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan.
  7. Pemilik perniagaan dalam talian (online business).
  8. Pemilik praktis sendiri seperti akauntan, doktor dan peguam.
  9. Suri rumah.
  10. Pekerja berpencen.

Syarat kelayakan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 55 tahun ke bawah.
  3. Orang yang bekerja sendiri.
  4. Telah membuat pilihan i-Saraan.
  5. Ahli KWSP.

Sumbangan kerajaan

KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.

Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).

Faedah

  1. Menyediakan ahli saluran persaraan untuk mereka yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap.
  2. Berkuatkuasa 1 Januari 2018, ahli akan menerima insentif khas dari kerajaan sebanyak 15% (tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun) bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan sehingga 2022.
  3. Ahli mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan serta masih boleh membuat pengeluaran.
  4. Bantuan kematian sehingga RM2,500 untuk ahli (tertakluk kepada terma dan syarat).
  5. Dividen tahunan.

Had caruman

Tiada had minimum manakala had maksimum pula ialah RM60,000 setahun.

Saluran pembayaran

  1. Perbankan internet (pemindahan wang secara elektronik).
  2. Kaunter ejen bank (tunai/cek).
  3. Ejen bank berdaftar.
  4. Kaunter KWSP.

Insentif Persaraan i-Saraan KWSP

LANGKAH-LANGKAH

  1. Hadir sendiri ke mana-mana kaunter KWSP untuk mendaftar dengan membawa dokumen berikut:
  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (pendaftaran kali pertama sahaja). Muat turun DI SINI
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (semasa bayaran). Muat turun DI SINI
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Membuat Janji Temu Online (JTO) Dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai cara-cara untuk membuat caruman sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) KWSP, sila ke:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP  (Facebook | Twitter | Instagram)
  4. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000

Sumber:  KWSP

Leave a Reply