Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memiliki Kediaman Sendiri Di Bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Mereka yang layak kini boleh membeli kediaman sendiri tanpa perlu membayar wang pendahuluan di  bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP).

Apakah Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Skim Rumah Pertamaku (SRP) atau My First Home Scheme merupakan inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli rumah pertama untuk membeli rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Cagamas SRP Berhad (CSRP) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Rumah Di Bawah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

Syarat kelayakan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pembeli rumah pertama.
  3. Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri.
  4. Pemohon individu atau bersama (pasangan, ibu bapa, anak atau adik beradik).
  5. Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
  • Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama.
  • Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000).
  1. Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas.

Kediaman yang layak

  1. Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia.
  2. Nilai maksimum hartanah RM500,000.
  3. Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan).

Pembiayaan

  1. Nilai pembiayaan sehingga 110% dan tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
  2. Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran).
  3. Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap.
  4. Insurans/takaful kebakaran diwajibkan. Walaubagaimanapun, keperluan bagi Insurans Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTA)/Takaful Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTT) bergantung kepada keperluan bank yang terlibat.
  5. Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000, pemohon:
  • wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://www.akpk.org.my
  • boleh menerima tempoh moratorium selama 5 tahun.
  1. Yuran guaman boleh menjadi sebahagian daripada pembiayaan bergantung kepada budi bicara bank masing-masing yang terlibat.

LANGKAH-LANGKAH

  1. Hubungi terus bank-bank yang mengambil bahagian berikut untuk pertanyaan mengenai SRP:

Senarai bank

LANGKAH-LANGKAH

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai langkah-langkah untuk memiliki kediaman di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP), sila layari https://www.srp.com.my

Sumber:  Skim Rumah Pertamaku

Leave a Reply

Your email address will not be published.