Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Mendapatkan Vaksinasi Secara ‘Walk-In’ Bagi Semua Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Berita baik buat semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kerana anda kini dibenarkan ‘walk-in’ untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19.

Program Vaksinasi ‘Walk-In’ Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Susulan daripada perjumpaan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad bersama dengan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia pada minggu lalu, kerajaan telah bersetuju supaya pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang masih belum divaksin, boleh mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terbuka.

Keputusan ini juga telah diumumkan pada 8 September 2021 oleh Dato’ Seri Dr Adham Baba, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang merupakan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF).

Vaksinasi ‘Walk-In’ IPT

Objektif

Vaksinasi pelajar IPT ini sangat penting bagi membentuk imuniti kelompok dan komuniti sosial yang selamat di dalam kampus kelak.

Jumlah terlibat

Terdapat 20 buah IPT awam dan lebih 30 IPT swasta selain 10 kampus cawangan universiti luar negara serta puluhan kolej universiti dan lebih 400 kolej swasta beroperasi di negara ini.

Dianggarkan lebih 700,000 pelajar menuntut di semua IPT awam manakala lebih 600,000 di IPT swasta seluruh negara yang berusia antara 18 tahun sehingga 24 tahun.

Rekod dari Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan seramai 547,595 pelajar IPT awam dan swasta di seluruh negara sudah pun lengkap vaksin.

Angka ini mewakili 53.2%, tetapi semakan kementerian itu juga mendapati lebih 195,000 atau 37.5% pelajar IPT awam langsung tidak mempunyai rekod pendaftaran vaksinasi.

Jumlah tersebut adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar IPT swasta yang tiada rekod pendaftaran imunisasi iaitu lebih 51,000 atau 10.2% sahaja setakat ini.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Mendaftar Vaksinasi COVID-19 Bagi Kanak-Kanak Dan Remaja Berusia 12 Hingga 18 Tahun Menggunakan Aplikasi MySejahtera

Syarat kelayakan

Semua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang berusia 18 tahun ke atas.

Tempoh

Berkuatkuasa mulai 13 September 2021.

Lokasi

Semua PPV di seluruh negara yang menerima ‘walk-in’.

LANGKAH-LANGKAH

1) Hanya bawa kad pengenalan/MyKad dan kad matrik pelajar bagi tujuan pengesahan di PPV yang berkenaan.

LANGKAH-LANGKAH

NOTA: Bagi pelajar baharu, surat tawaran kemasukan boleh dikemukakan bersama dengan kad pengenalan/MyKad.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai cara-cara untuk mendapatkan vaksinasi secara ‘walk-in’ bagi semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), sila kunjungi:

Khidmat bantuan AIDA: https://aida.vaksincovid.gov.my

Laman web CITF: https://citf.mosti.gov.my/eform

Facebook JKJAV: https://www.facebook.com/jkjavmy

Twitter JKJAV: https://twitter.com/jkjavmy

Instagram JKJAV: https://www.instagram.com/jkjavmy

Telegram JKJAV: https://t.me/jkjavldls

Sumber:  Utusan Online, Facebook Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Leave a Reply