Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Semak SOP Terkini Dan Tarikh Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat Mengikut Fasa PPN

Kementerian Pendidikan telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pembukaan sekolah dan sesi pembelajaran bersemuka bermula 3 Oktober ini yang dibuat secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pembukaan Sekolah Fasa PPN

FASA 1

  • Tidak ada sekolah akan dibuka.
  • Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) sahaja.

FASA 2

Sekolah rendah

  • Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sahaja yang akan kembali ke sekolah (tanpa penggiliran).

Sekolah menengah

  • Murid Tingkatan 6 Semester 2, The International Baccalaureate Diploma (IBD) Tahun 2, Program Pra Universiti Semester 3 Sekolah Sukan Malaysia, kelas peperiksaan antarabangsa dan MBK akan kembali ke sekolah (tanpa penggiliran).

FASA 3

Prasekolah

  • Murid prasekolah/tadika swasta dibenarkan hadir (tanpa penggiliran).

Sekolah rendah

  • Murid SKPK dan PPKI sahaja dibenarkan hadir (tanpa penggiliran).

Sekolah menengah

  • Sama seperti FASA 2.
  • Murid kelas peperiksaan antarabangsa yang lain hadir (secara penggiliran).
  • Murid Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia dan kelas peperiksaan awam di asrama turut dibenarkan hadir (tanpa penggiliran).
  • Murid kelas peperiksaan awam sekolah harian/swasta hadir (secara penggiliran).

FASA 4

Prasekolah dan sekolah rendah

Fasa 4 Sekolah Rendah

Sekolah menengah

Fasa 4 Sekolah Menengah

NOTA: Kehadiran murid dengan kaedah penggiliran adalah secara mingguan dengan kapasiti sebanyak 50%. Sesi persekolahan 2021 pula akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Menyemak Keputusan Penempatan Tahun 1 Sesi Persekolahan 2022/2023

LANGKAH-LANGKAH

Berikut merupakan 10 senarai SOP terkini dan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk pengoperasian dan pengurusan sekolah sempena pembukaan sekolah mengikut fasa PPN:

1) Susun Atur Kelas

LANGKAH-LANGKAH

  • Meja murid dijarakkan seperti gambarajah berikut:

2) Pengurusan prasarana

  • Memastikan pengudaraan yang baik di dalam kelas.
  • Penggunaan kipas digalakkan.

3) Pemakaian penutup muka

  • Wajib dipakai di kawasan sekolah.
  • Pemakaian berganda digalakkan.

4) Waktu rehat

  • Semua murid makan di dalam kelas dan diselia oleh guru.
  • Untuk kelas yang menggunakan penyaman udara, murid makan di ruang terbuka dan diselia oleh guru.

5) Aktiviti sukan dan ko-kurikulum

  • Kelas Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) dibenarkan tetapi dengan syarat murid hendaklah berpakaian sukan dari rumah.
  • Aktiviti ko-kurikulum masih tidak dibenarkan.

6) Murid bergejala

  • Tidak dibenarkan hadir sekiranya bergejala dari rumah.
  • Sekiranya bergejala di sekolah, ujian saringan perlu dilaksanakan.

7) Pengurusan asrama

  • Ujian kendiri COVID-19 perlu dilaksanakan sebanyak 3 kali iaitu ketika hari pendaftaran masuk, hari ke-6 dan hari ke-14.
  • Pengudaraan dan pencahayaan optimum adalah perlu bagi setiap bilik di asrama.

8) Pakaian seragam

  • Murid dibenarkan memakai pakaian biasa yang sesuai, kemas dan sopan sekiranya pakaian seragam sudah tidak sesuai untuk dipakai.

9)  Ketidakhadiran murid

  • Sekiranya ibu bapa/penjaga memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, pihak sekolah perlu dimaklumkan untuk tujuan rekod namun tidak dianggap sebagai kesalahan disiplin.

10) Kes positif COVID-19 di sekolah

  • Sekolah perlu memakluman kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan membuat laporan menggunakan sistem aplikasi data COVID-19.
  • PKD seterusnya akan membuat penilaian risiko dan menentukan tindakan susulan.

NOTA: Untuk senarai lengkap dan terperinci mengenai SOP pembukaan sekolah secara berperingkat mengikut fasa PPN, sila muat turun slaid sidang media pengoperasian sekolah yang dibentangkan oleh Menteri Kanan Pendididikan di SINI.

Sumber:  Kementerian Pendidikan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.