Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Semak SOP Terkini Kemasukan Pelajar Secara Fizikal Ke Kampus IPT Secara Berperingkat Mulai 15 Oktober 2021

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kemasukan pelajar secara fizikal di institusi pendidikan tinggi (IPT) yang bermula secara berperingkat mulai 15 Oktober ini.

Tarikh kemasukan

Kemasukan pelajar secara fizikal di IPT bermula secara berperingkat mulai 15 Oktober 2021.

Kriteria keutamaan

  1. Pelajar berkeperluan yang telah lengkap vaksinasi; dan
  2. Pelajar yang telah lengkap proses vaksinasi dan melepasi tempoh keberkesanan.

NOTA: Hanya pelajar yang telah lengkap proses vaksinasi DIBENARKAN masuk ke kampus secara fizikal bagi meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

LANGKAH-LANGKAH

1) Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

  • Pelajar di kampus menjalani PdP secara hibrid; dan
  • Pelajar yang masih berada di lokaliti masing-masing meneruskan PdP secara dalam talian.

NOTA: IPT BOLEH memilih untuk terus laksanakan PdP sepenuhnya secara dalam talian berdasarkan kesesuaian program. Pelajar juga DIBENARKAN memilih untuk meneruskan PdP secara dalam talian di rumah/lokaliti masing-masing bagi kursus/program yang dijalankan secara dalam talian.

2) Pergerakan pelajar

  • Menggunakan kenderaan sendiri;
  • Ibu bapa/penjaga menghantar sendiri pelajar dengan syarat ibu bapa/penjaga telah lengkap proses vaksinasi; dan
  • Perkhidmatan penerbangan.

3) Ujian Swab/Ujian Kendiri COVID-19

  • Pelajar yang kembali ke IPT di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan PERLU menjalani ujian swab RT-PCR dalam tempoh tiga (3) hari sebelum pergerakan dan tertakluk kepada arahan semasa Kerajaan Negeri.
  • Kos menjalani ujian tersebut di klinik kesihatan seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah percuma.

NOTA: IPT DIGALAKKAN untuk menyediakan kit ujian kendiri COVID-19 semasa proses kemasukan pelajar ke IPT tetapi kos bagi pelaksanaan ujian ini adalah ditanggung oleh IPT.

4) Pusat pengasingan

  • Pelajar yang telah lengkap proses vaksinasi TIDAK PERLU ditempatkan di pusat pengasingan sebagai zon pengawasan bagi memantau tahap kesihatan.

5) Kuarantin

1 Kemasukan Pelajar Secara Fizikal Ke Kampus IPT Secara Berperingkat

  • Sarawak: Pelajar yang memasuki Sarawak DIWAJIBKAN menjalani 14 hari kuarantin di IPT masing-masing.
  • Sabah: Pelajar yang telah lengkap proses vaksinasi yang memasuki Sabah adalah DIWAJIBKAN menjalani pemantauan kendiri melalui aplikasi MySejahtera.
  • Labuan: Pelajar yang memasuki adalah DIWAJIBKAN menjalani kuarantin kendiri selama 5 hari di IPT masing-masing dan menjalani ujian swab RTK-Ag pada hari ke-4 .

NOTA: Kos kuarantin wajib ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

6) Vaksinasi

  • Semua pelajar IPT layak untuk menerima vaksin secara walk-indi PPV terbuka.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Mendapatkan Vaksinasi Secara ‘Walk-In’ Bagi Semua Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

7) Lain-lain perkara

  • Pelajar WAJIB menggunakan aplikasi MySejahtera.
  • Pelajar luar kampus perlu menunjukkan Sijil Digital Vaksinasi semasa memasuki kampus.
  • Pelajar bergejala dan mempunyai bacaan suhu yang tinggi akan dirujuk ke Pusat Kesihatan Universiti/Klinik/Hospital berdekatan.

8) Pelajar antarabangsa

Rujuk infografik di bawah untuk maklumat umum mengenai pelajar antarabangsa:

LANGKAH-LANGKAH

Pelajar antarabangsa

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai SOP kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus IPT, sila hubungi:

  1. Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing; atau
  2. Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777 / 6949 / 6623 / 6628.

Sumber:  Kementerian Pengajian Tinggi

Leave a Reply