Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Merancang Percutian Ke Langkawi Di Bawah Program Gelembung Pelancongan MOTAC

Kerajaan telah mengumumkan pembukaan semula sektor pelancongan dan memilih Langkawi sebagai projek rintis di bawah program travel bubble atau gelembung pelancongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Apakah Gelembung Pelancongan Projek Rintis Pulau Langkawi?

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya atau MOTAC telah menyambut baik pengumuman dari kerajaan berkaitan pembukaan semula sektor pelancongan dan memperkenalkan program gelembung pelancongan Langkawi ini.

Tarikh pembukaan

Mulai 16 September 2021.

Tempoh percutian

Tiada had minimum atau maksimum untuk bercuti di Langkawi.

Kategori pelancong

  1. Individu yang telah lengkap divaksin. Anak-anak di bawah umur 17 tahun boleh turut serta melancong bersama-sama ibu bapa/penjaga masing-masing yang telah lengkap divaksin.
  2. Semua warganegara Malaysia.
  3. Bukan warganegara Malaysia terdiri daripada Ekspatriat, Peserta Program Malaysia My Second Home (MM2H), pelajar antarabangsa di Malaysia, klien Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) termasuk keluarga mereka, individu berstatus Permanent Residents (PR).

NOTA: Kontak rapat dengan kes positif, orang perseorangan yang dikenakan Home Surveillance Order (HSO) dan kuarantin wajib atau baru kembali dari luar negara serta bergejala adalah tidak dibenarkan.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Mendaftar Vaksinasi COVID-19 Bagi Kanak-Kanak Dan Remaja Berusia 12 Hingga 18 Tahun Menggunakan Aplikasi MySejahtera

Jenis percutian yang dibenarkan

  1. Percutian harian (pergi dan pulang pada hari yang sama).
  2. Percutian bermalam.
  3. Percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu (tempahan secara atas talian amat digalakkan).
  4. Percutian pakej melalui syarikat pelancongan yang berlesen dengan MOTAC.

Pergerakan dan mod pengangkutan yang dibenarkan

Pergerakan dan mod pengangkutan yang dibenarkan

  1. Jalan darat: DIWAJIBKAN untuk mendapatkan surat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menggunakan khidmat Agensi Pelancongan Berlesen sekurang-kurangnya dari tempat bermula ke jeti dan ketika pulang dari jeti ke destinasi permulaan.
  2. Jalan udara: TIDAK DIWAJIBKAN menggunakan khidmat Agensi Pelancongan Berlesen dan DIKECUALIKAN surat kebenaran PDRM.

NOTA: Pelancong dari Kedah dan Perlis yang menggunakan jalan darat boleh menggunakan kenderaan persendirian dan masuk ke Langkawi dengan menggunakan feri tanpa perlu menggunakan khidmat Agensi Pelancongan namun PERLU mendapatkan surat kebenaran PDRM.

LANGKAH-LANGKAH

LANGKAH-LANGKAH

1) Lakukan ujian saringan kesihatan COVID-19.

Ujian saringan adalah DIWAJIBKAN sebelum memulakan perjalanan melalui salah satu kaedah berikut:

  • Menjalani ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR atau RTK-Antigen) di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas; atau
  • Membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri; atau
  • Membeli kit ujian kendiri saliva melalui perkhidmatan yang disediakan di tempat di lapangan terbang atau terminal feri.

NOTA:

  • Anak-anak/tanggungan berusia 7 hingga 17 tahun turut diwajibkan manakala bagi yang berumur 6 tahun dan ke bawah, hanya ujian pengesanan gejala perlu dilakukan.
  • Kos ujian saringan perlu ditanggung sendiri.
  • Ujian yang dijalankan di lapangan terbang atau terminal feri terlibat perlu dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas.
  • Sila hadir sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas.

2) Dapatkan kebenaran merentas negeri dari PDRM dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Pelancong yang menggunakan jalan darat melalui Agensi Pelancongan Berlesen boleh mengemukakan bukti pembayaran sekurang-kurangnya untuk perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri.
  • Pelancong yang menggunakan jalan udara hanya perlu mengemukakan tiket penerbangan apabila diminta oleh PDRM di sekatan jalan raya (SJR) dan tidak perlu memohon permit walaupun untuk merentas negeri ke lapangan terbang.
  • Bagi pelancong destinasi awal adalah dari Kedah atau Perlis, mereka boleh mengemukakan bukti pembayaran penginapan atau tiket feri.

Maklumat lanjut

Senarai Prosedur Operasi Standard (SOP) penuh Gelembung Pelancongan Domestik (Domestic Travel Bubble) MOTAC boleh di muat turun DI SINI.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai percutian ke Langkawi di bawah program gelembung pelancongan MOTAC, sila hubungi:

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
No. 2, Menara 1, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
Telefon: 03 8000 8000
Faks: 03 8891 7100
E-mel: [email protected]

Sumber: Portal Rasmi MOTAC

Leave a Reply