Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bagi memudahkan pesakit untuk memantau bekalan dan pengambilan ubat-ubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membangunkan aplikasi telefon pintar MyUBAT.
Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan slogan ‘Kami Sedia Membantu’ merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan perihal pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit di fasiliti-fasiliti kesihatan.
Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi dan Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi telah bekerjasama membangunkan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat Bagi Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) untuk membolehkan pesakit memantau bekalan dan penggunaan ubat-ubatan mereka melalui telefon pintar.
1) Memudahkan proses pendaftaran pesakit.
2) Menjimatkan masa menunggu kerana bekalan ubat disediakan sebelum tarikh temu janji.
3) Menjimatkan kos perjalanan bagi pesakit yang tinggal jauh dari fasiliti kesihatan.
4) Mengurangkan masalah untuk mencari parkir kenderaan atau beratur.
5) Bekalan ubat susulan dapat dihantar terus ke lokasi pilihan pesakit.
6) Dapat menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit.
1) Sistem Temu Janji – Perkhidmatan pembekalan ubat susulan pesakit di fasiliti kesihatan pada tarikh temu janji yang telah dipersetujui antara pesakit dan pihak farmasi.
2) Ubat Melalui Pos (UMP) – Perkhidmatan pembekalan ubat susulan pesakit melalui syarikat penghantaran ke lokasi pilihan pesakit dengan caj tertentu yang dibuat secara tunai oleh pesakit kepada pihak syarikat penghantaran semasa menerima bekalan ubat tersebut.
1) Muat turun aplikasi MyUBAT di Apple App Store, Google Play atau Huawei AppGallery.
2) Klik ‘Log Masuk Kali Pertama’.
3) Lengkapkan maklumat yang diperlukan iaitu ‘Nama’, ‘No. Kad Pengenalan’, ‘No. Telefon’, ‘Negeri’, ‘Hospital/Klinik’, ‘Tarikh Lahir’, ‘Alamat E-mel’ dan ‘Kata Laluan’.
4) Klik ‘Masuk’ untuk menyelesaikan pendaftaran.
5) Anda kini boleh menggunakan aplikasi MyUBAT pada bila-bila masa dengan memilih perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:
1) Rujuk infografik di bawah untuk cara-cara membuat temujanji menggunakan MyUBAT:
1) Rujuk infografik di bawah untuk cara-cara menerima ubat melalui pos menggunakan MyUBAT:
Senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan MyUBAT boleh didapati di PAUTAN INI.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk memantau bekalan dan pengambilan ubat-ubatan menerusi aplikasi MyUBAT, sila hubungi:
Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia,
Lot 36, Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz,
46200 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon: 03-7841 3200
Laman web: https://www.pharmacy.gov.my