Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
RISDA kini telah membuka permohonan baru untuk Bantuan Musim Tengkujuh Pekebun Kecil dan Penoreh Getah (BMT) untuk tahun 2021 bagi mereka yang layak.
BMT merupakan bantuan yang diperuntukkan kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar dengan Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA) untuk menghadapi musim tengkujuh di Malaysia.
Pekebun kecil RISDA
Pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri serta menepati syarat-syarat berikut:
1) Warganegara Malaysia.
2) Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
3) Keluasan ladang dari 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar sahaja.
4) Pemilik tanah yang sah.
5) Hanya seorang penerima bantuan (sama ada pekebun kecil atau penoreh) untuk satu lot tanah.
Penoreh bukan pemilik
Mereka yang menoreh getah di kebun pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah serta menepati syarat-syarat berikut:
1) Warganegara Malaysia.
2) Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
3) Menoreh di ladang dengan keluasan lot dari 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar sahaja.
4) Pengesahan dari pemilik tanah yang sah.
5) Hanya seorang penerima bantuan (sama ada pekebun kecil atau penoreh) untuk satu lot tanah.
6) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Bantuan Makanan Di Bawah Program Bakul Prihatin Negara
Dibuka mulai 15 September 2021.
Kadar bantuan adalah RM600 dan bayaran secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) pada bulan Disember 2021 dan Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan).
1) Buat temujanji untuk hadir ke pejabat RISDA berhampiran dengan merujuk panduan berikut:
2) Pemohon Pemilik Pengusaha hendaklah melengkapkan Borang BMT (Pemilik) dan membawa bersama dokumen sokongan berikut:
Pemohon Penoreh Bukan Pemilik pula hendaklah melengkapkan Borang BMT (Penoreh) dan membawa bersama dokumen sokongan berikut :
3) Sila layari https://bmt.risda.gov.my untuk menyemak status permohonan atau mengemaskini permohonan. Hanya masukkan ‘No. Kad Pengenalan’ dan klik ‘Submit’.
NOTA: Penerima BMT 2020 dimohon mengemaskini maklumat di laman web yang sama iaitu https://bmt.risda.gov.my. Untuk senarai penuh pejabat RISDA, layari https://www.risda.gov.my
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana pejabat RISDA berhampiran atau hubungi:
Talian Hotline BMT: 03-4251 0171/03-4256 4022
E-mel: [email protected]
Laman web: https://pekebunkecilmakmur.com.my
Sumber: Portal Rasmi RISDA