Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Mendapatkan Vaksinasi Remaja Umur 12 – 17 Tahun Secara ‘Walk-In Berjadual’ Di Bawah Program PICK Remaja

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja akan melibatkan pelaksanaan pemberian vaksin secara walk-in berjadual untuk golongan remaja di Malaysia.

Apakah PICK Remaja?

Program ini telah dimulakan secara rasmi oleh Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (COVID-19 Immunisation Task Force – Adolescent atau CITF-A) di peringkat Kebangsaan pada 20 September 2021 dengan menyasarkan 3.2 juta golongan remaja.

Walk-In Berjadual Program PICK Remaja

Kaedah pemberian PICK Remaja

Dilakukan melalui beberapa kaedah seperti berikut:

1) Secara jangkau luar (outreach) ke sekolah atau institusi secara berjadual – Dibuat oleh Pasukan Pelaksana Vaksinasi yang terdiri daripada kakitangan kesihatan, pengamal perubatan swasta, Health Care Organisation atau NGO perubatan.

2) Secara janji temu di klinik dan sekolah – Bagi remaja yang akan menduduki peperiksaan utama yang bersekolah di sekolah asrama penuh atau asrama harian, janji temu dos pertama vaksin COVID-19 akan diberikan di klinik atau sekolah yang berhampiran tempat tinggal mereka, manakala vaksin dos kedua akan diberi di sekolah.

  • Remaja dengan komorbid perlu mendapatkan vaksinasi di hospital atau klinik kesihatan yang merawat mereka.
  • Remaja yang gagal hadir semasa janji temu di sekolah, akan diberi janji temu di klinik kesihatan swasta yang berdekatan melalui aplikasi MySejahtera.

3) Secara walk-in berjadual di 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan Integrasi – Bagi remaja termasuk mereka yang tidak bersekolah dibenarkan untuk walk-in mengikut jadual yang dikeluarkan oleh pihak sekolah di mana-mana PPV yang berdekatan dengan kediaman (tertakluk kepada kuota bekalan vaksin harian).

  • Maksud “walk-in berjadual” ialah pemberian vaksinasi dilakukan mengikut lokasi sekolah yang berhampiran dengan PPV yang dikenal pasti dan akan dilaksanakan mengikut giliran serta tarikh dan masa yang ditetapkan mengikut jadual yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah masing-masing kepada remaja dan ibu bapa.
  • Bagi remaja yang telah mendapat tarikh vaksinasi di PPV Sekolah, mereka perlu mengekalkan janji temu sedia ada di PPV sekolah yang telah ditetapkan dan TIDAK DIBENARKAN untuk walk-in.
  • Muat turun senarai penuh 156 PPV untuk walk-in berjadual DI SINI.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Mendapatkan Vaksinasi Secara ‘Walk-In’ Bagi Semua Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Had umur

Berusia 12 (mengikut tarikh lahir) hingga 17 tahun.

Tarikh bermula

Pemberian vaksin PICK Remaja secara walk-in berjadual di 156 PPV ini bermula pada 23 September 2021.

LANGKAH-LANGKAH

1) Ibu bapa/penjaga atau remaja itu sendiri perlu mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.

2 LANGKAH-LANGKAH

2) Remaja tersebut perlu hadir ke PPV mengikut jadual walk-in yang diberi oleh pihak sekolah dengan membawa pengenalan diri dan ditemani oleh ibu bapa/penjaga yang juga perlu hadir untuk menandatangani borang kebenaran untuk divaksinasi.

Walau bagaimanapun, hanya salah seorang ibu atau bapa atau penjaga dibenarkan menemani remaja untuk tujuan vaksinasi bagi mengelakkan kesesakan di PPV.

  • Muat turun borang Borang Persetujuan DI SINI.
  • Muat turun Surat Perwakilan ibu bapa/penjaga DI SINI.

NOTA:

Ibu bapa perlu memastikan remaja yang akan divaksinkan agar mendapat rehat pada malam sebelumnya, bersarapan pagi dan mengambil air secukupnya sebelum ke PPV. Ibu bapa juga perlu mengawasi sebarang kesan sampingan serta memastikan mereka agar tidak melakukan sebarang aktiviti lasak bagi tempoh 7 hari selepas divaksinasi.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk mendapatkan vaksinasi remaja secara walk-in berjadual di bawah program PICK Remaja, sila hubungi atau dapatkan informasi terkini di:

Khidmat bantuan AIDA: https://aida.vaksincovid.gov.my
Laman web CITF: https://citf.mosti.gov.my/eform
Facebook JKJAV: https://www.facebook.com/jkjavmy
Twitter JKJAV: https://twitter.com/jkjavmy
Instagram JKJAV: https://www.instagram.com/jkjavmy
Telegram JKJAV: https://t.me/jkjavldls

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.