Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Memohon Dana Kandungan Digital (DKD) Program Muzik Malaysia Di Bawah Pakej PEMULIH

Permohonan kini dibuka buat penggiat seni yang ingin mendapatkan Dana Kandungan Digital (DKD) bagi Program Muzik Malaysia di bawah pakej PEMULIH.

1 Dana Kandungan Digital (DKD) Program Muzik Malaysia PEMULIH

Apakah Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik PEMULIH?

Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup ketika wabak pandemik COVID-19.

Di bawah fokus untuk Menyokong Perniagaan, kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta dalam bentuk pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan.

Dana yang diuruskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ini dijangka dapat memanfaatkan lebih 8,000 penggiat seni.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Mendaftar Dalam Program GLOW PEMULIH Anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Tempoh permohonan

Dibuka mulai 20 September 2021 sehingga 3 Oktober 2021.

Syarat-syarat permohonan

Dokumen-dokumen berikut perlu disertakan oleh individu atau syarikat yang ingin membuat permohonan. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses oleh urus setia.

Individu

1) Borang permohonan.
2) Portfolio projek terdahulu.
3) Salinan MyKad.
4) Kertas Cadangan Projek*.
5) Salinan penyata bank.

Syarikat

1) Borang permohonan.
2) Profil syarikat.
3) Salinan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
4) Kertas Cadangan Projek*.
5) Salinan penyata bank.
6) Salinan penyata e-Vendor/pendaftaran e-Perolehan (sekiranya ada).

*NOTA: Kertas Cadangan Projek mesti menggunakan format berikut: Font – Arial, Font Size – 14 dan Line Spacing – 1.5

Kategori dan jumlah dana

1) Dana Ekosistem (sehingga RM3 juta) – Menumpukan kepada pembangunan bakat serta platform sesebuah projek yang melibatkan penciptaan, penghasilan, pengumpulan, penerbitan atau penjanaan kandungan industri muzik.

2) Dana Pemasaran (sehingga RM300,000) – Menumpukan kepada kerja-kerja mengkaji, mempromosi dan memasarkan industri muzik di peringkat tempatan dan antarabangsa.

3) Dana Mikro (dari RM5,000 hingga RM20,000) – Menumpukan kepada penciptaan lagu, penulisan lirik, rakaman lagu dan pembangunan video muzik.

LANGKAH-LANGKAH

1) Permohonan hanya boleh boleh dibuat secara atas talian. Untuk memohon, layari laman web Sistem Pengurusan Dana Muzik Malaysia di https://danamuzik.kkmm.gov.my

LANGKAH-LANGKAH

2) Klik ‘Manual Pengguna’ dan ikuti LANGKAH-LANGKAH yang terdapat di dalamnya untuk mula memohon.

Manual Pengguna

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk memohon Dana Kandungan Digital (DKD) bagi Program Muzik Malaysia di bawah Pakej PEMULIH, sila hubungi:

Urus Setia Program Muzik Malaysia,
Bahagian Pembangunan Kandungan,
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100, Putrajaya.

No.telefon: 03-8911 5766/03-8911 5661/03-8911 5725
E-mel: [email protected]

Sumber: Facebook KKMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.