Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Membida Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian Menggunakan JPJeBid

Orang ramai kini boleh menggunakan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid ) untuk membida nombor pendaftaran kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Apakah JPJeBid?

JPJeBid merupakan pelaksanaan inisiatif pengurusan nombor kenderaan yang dipertingkatkan dan diperkemaskan melalui sistem urusniaga dalam talian oleh JPJ yang mula diperkenalkan pada 15 April 2019.

Syarat kelayakan

1) Individu – Warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia (PTM) yang berumur 18 tahun dan ke atas.

2) Perniagaan/Syarikat – Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.

3) Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional – Hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.

4) Agensi Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/Kedutaan/Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/Pertubuhan Antarabangsa/Pejabat Serantau – Hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.

5) Bukan warganegara – Hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP (nombor siri pasport terbaru perlu dikemaskini).

NOTA: Individu/Perniagaan/Syarikat yang tidak mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP perlu mendaftar di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC terlebih dahulu.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Memperbaharui Lesen Memandu Dan Cukai Jalan JPJ Menggunakan Portal mySIKAP

Caj yang dikenakan

Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida.

Deposit yang diperlukan

Tiada deposit diperlukan tetapi pembida harus membayar harga minima atau lebih dari harga minima bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama.

Kaedah pembayaran

  • Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit/debit tempatan sahaja.
  • Jika bidaan berjaya, amaun akan ditolak dari kad kredit/debit pembida dengan serta-merta.
  • Jika bidaan tidak berjaya, pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit/debit pembida dengan tiada caj yang dikenakan.

Penentuan harga bidaan

Kategori Harga Minima (RM) Kenaikan Bidaan Minima (RM) Kenaikan Bidaan Minima (RM) (30 Minit Terakhir)
Nombor Bernilai Utama 20,000.00 1,000.00 2,000.00
Nombor Menarik 3,000.00 150.00 300.00
Nombor Popular 800.00 40.00 80.00
Nombor Biasa 300.00 15.00 30.00

1) Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.

2) Kenaikkan minima bidaan (top-up) adalah mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum:

  • 5% kenaikan dari amaun harga minima pada hari pertama hingga 30 minit sebelum bidaan tamat.
  • 10% kenaikan dari amaun harga minima pada hari pertama hingga 30 minit sebelum bidaan tamat.

Keputusan rasmi bidaan

  • Segala aktiviti yang melibatkan nombor pendaftaran kenderaan yang dibida akan dikemaskini di dalam Peti Masuk JPJeBid.
  • Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat.
  • Pentadbir sistem akan menghantar keputusan rasmi samada berjaya atau gagal kepada semua pembida melalui e-mel yang didaftarkan dan di Peti Masuk JPJeBid.

LANGKAH-LANGKAH

1 Membida Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian JPJeBid

1) Layari laman web JPJeBid di https://jpjebid.jpj.gov.my atau muat turun aplikasi JPJeBid di Google Play atau Apple App Store.

JPJeBid

2) Untuk pendaftaran, klik ‘Daftar Baru’, pilih ‘Kategori’, masukkan ‘No. Kad Pengenalan’, isikan ‘Captcha’ dan klik ‘Semak’ (pastikan anda telah mendaftar akaun MySIKAP terlebih dahulu) atau;

Daftar Baru

Untuk terus membida nombor pendaftaran kenderaan menggunakan JPJeBid, klik ‘Log Masuk’, masukkan ‘ID Pengguna’, ‘Kata Laluan’, ‘Captcha’ seterusnya klik ‘Log Masuk’.

4 Log Masuk

3) Ikuti LANGKAH-LANGKAH yang terdapat di dalam Panduan Pengguna JPJeBid untuk mula membida.

5 LANGKAH-LANGKAH

  • Muat turun Panduan Pengguna JPJeBid DI SINI

2) Selepas bidaan berjaya, pemenang ataupun wakil pemenang perlu hadir ke JPJ dengan membawa dokumen berikut:

  • Cetakan Surat Keputusan Berjaya Bidaan yang diperolehi melalui di e-mel.
  • Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat.

NOTA:  Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran dan selepas tempoh tersebut berakhir, tawaran adalah luput dan bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk membida nombor pendaftaran kenderaan dalam talian menggunakan JPJeBid, sila hubungi:

Ibu Pejabat,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Telefon: 03-8000 8000

Sumber: JPJeBid

Leave a Reply

Your email address will not be published.