Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Mendaftar Dalam Program Skim Perantisan Nasional (SPN) Anjuran Kementerian Belia Dan Sukan

Golongan belia yang masih mencari pekerjaan kini boleh mendaftar dalam program Skim Perantisan Nasional (SPN) yang diselaraskan oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).

Apakah program Skim Perantisan Nasional (SPN)?

Program ini merupakan inisiatif Kolaborasi Rentas Kementerian yang dilaksanakan oleh KBS khusus untuk melonjakkan kebolehpasaran dan menyediakan peluang latihan serta pekerjaan untuk belia pasca COVID-19.

Objektif

1) Memberi peluang kepada perantis untuk mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran mengikut bidang pengajian ke dalam dunia pekerjaan sebenar.

2) Meningkatkan tahap kebolehpasaran perantis melalui latihan soft-skills dan on the job training.

3) Menyediakan sistem sokongan kepada belia untuk memudahkan mendapat pekerjaan.

4) Membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia.

Konsep jaminan pekerjaan

Setiap perantis mendapat jaminan pekerjaan dengan syarikat/organisasi yang ditempatkan berdasarkan konsep jaminan pekerjaan atau place-and-train. Walau bagaimanapun, ia masih tertakluk kepada prestasi kerja perantis.

Elaun dan penginapan

Elaun dan penginapan adalah berbeza mengikut syarikat/organisasi. Sekretariat SPN telah mencadangkan elaun sekitar RM1,200 sehingga RM2,000 manakala penginapan tidak disediakan melainkan syarikat/organisasi tersebut memang bersedia untuk menyediakan penginapan.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Skim Pembiayaan Informal (SPIN 2.0) Anjuran TEKUN Nasional

Syarat kelayakan

1) Warganegara Malaysia.

2) Berumur 18 hingga 30 tahun.

3) Lepasan sekolah/graduan yang mengganggur/tidak mempunyai pekerjaan tetap.

4) Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.

5) Tiada rekod jenayah.

6) Tidak bankrap.

7) Sanggup mengikuti program secara sepenuh masa.

Dokumen yang diperlukan

1) Gambar berukuran pasport (format jpeg, jpg dan png sahaja).

2) Resume yang terkini (format doc dan pdf sahaja).

LANGKAH-LANGKAH

1) Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Pemohon perlu layari laman web SPN di: http://perantisan.kbs.gov.my

2) Klik ‘Permohonan’.

Program Skim Perantisan Nasional (SPN) KBS

3) Isi borang permohonan dengan memberi maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan ‘Seterusnya’.

LANGKAH-LANGKAH

4) Pastikan permohonan disertakan dengan gambar pasport dan resume terkini.

5) Pemohon akan dihubungi oleh pihak Urus Setia SPN.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk mendaftar dalam program Skim Perantisan Nasional (SPN) KBS, sila hubungi:

Sekretariat Skim Perantisan Nasional (SPN),
Kementerian Belia dan Sukan,
Aras 11, Menara KBS,
No 27, Persiaran Perdana, Presint 4,
62570 Putrajaya.

Telefon: 03-8871 3265
E-mel: [email protected], [email protected]

Sumber: Portal Rasmi KBS

Leave a Reply