Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Syarikat pengendalian pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) kini boleh memohon bantuan kewangan sebanyak RM3,000 di bawah inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Bantuan kewangan ini diberikan oleh kerajaan sebagai pendorong atau kick-start kepada syarikat pengendalian pelancongan yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Ini merupakan bantuan kali kedua yang disalurkan oleh MOTAC yang sebelum ini telah memberi bantuan kewangan menerusi inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA).
RM3,000 secara ‘one-off’.
Mulai 27 September 2021 sehingga 15 Oktober 2021.
Baca juga: Cara-Cara Untuk Merancang Percutian Ke Langkawi Di Bawah Program Gelembung Pelancongan MOTAC
1) Hanya syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan yang berlesen dengan MOTAC sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.
2) Syarikat yang telah menerima bantuan kewangan RM3,000 di bawah inisiatif PEMERKASA adalah layak secara automatik bagi bantuan PEMULIH dan tidak perlu membuat permohonan lagi.
3) Permohonan baharu adalah perlu mengikut syarat berikut:
4) Pemberian bantuan kewangan RM3,000 ini hanya akan diberikan kepada lesen Ibu Pejabat sahaja.
1) Layari http://motac.gov.my/pemulihmotac2021
2) Klik ‘Borang Permohonan Atas Talian’.
3) Baca ‘PERINGATAN’ dan pilih lokasi lesen induk Ibu Pejabat syarikat.
4) Isi ‘BORANG PEMULIH TOBTAB’ yang boleh dimuat turun DI SINI.
5) Hantar permohonan setelah melengkapkan senarai semak yang boleh dimuat turun DI SINI.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk memohon bantuan kewangan RM3,000 di bawah inisiatif PEMULIH bagi syarikat pengendalian pelancongan berlesen MOTAC, sila hubungi:
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
No. 2, Menara 1, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
Telefon: 03 8000 8000
Laman web: http://motac.gov.my/pemulihmotac2021
E-mel: [email protected]
Sumber: Portal Rasmi MOTAC