Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pengambilan Khas Jawatan Guru Kontrak DG41 atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seluruh negara bagi tahun 2021 kini dibuka.
1) Jawatan/Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service);
2) Gaji permulaan RM 2,188.00;
3) Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016; dan
4) Layak menerima caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.
Pengambilan Khas Jawatan Guru Kontrak DG41 ini adalah bagi penempatan di:
1) Sekolah Kebangsaan (SK) – Opsyen yang ditawarkan:
2) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) – Opsyen yang ditawarkan:
3) Sekolah Menengah (Aliran Perdana) – Opsyen yang ditawarkan:
4) Sekolah Menengah (Aliran Teknik dan Vokasional) – Opsyen yang ditawarkan:
1) Warganegara Malaysia;
2) Sihat tubuh badan;
3) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Awam (UA)/Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam opsyen berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/CGPA minimum 2.50;
4) Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan;
5) Bagi opsyen Bahasa Inggeris, perlu mencapai sekurang-kurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET);
6) Bagi pemohon semua opsyen di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/Bahasa Inggeris) perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM;
7) Bagi pemohon opsyen Tahfiz, perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; dan
8) Bagi pemohon opsyen Bahasa Semai calon perlulah:
Mulai 27 September 2021 sehingga 10 Oktober 2021. Berikut merupakan tarikh-tarikh penting program:
Baca juga: Cara-Cara Memohon Jawatan Guru Di Bawah Program Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara ‘One-Off’ Tahun 2021 (Permohonan telah ditutup)
1) Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di: https://mypdpp.moe.gov.my
2) Rujuk ‘LANGKAH PERMOHONAN’ dan ‘Panduan ikon’ yang diberi. Klik ikon ‘Daftar Permohonan Baharu’ untuk mendaftar.
3) Isi butiran yang diperlukan dan klik ‘Ya, Daftar Permohonan’.
4) Selepas berjaya mendaftar, ‘Log Masuk Permohonan’ dengan memasukkan ‘NO. KAD PENGENALAN’ dan ‘KATA LALUAN’.
5) Buat semakan kelayakan, permohonan dan pengesahan mengikut arahan yang diberi.
6) Pemohon yang layak akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum ditemu duga.
Selamat berjaya!
NOTA:
http://www2.mqa.gov.my/esisraf
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon jawatan guru kontrak di bawah Program Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41, sila hubungi:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA
Telefon: 03-8312 6666
Laman web: http://ipgm.moe.edu.my
E-mel: [email protected]
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
Result lulus temuduga bila ya?
Makluman akan dibuat di media sosial KPM dalam masa terdekat dan calon yang lulus temuduga juga akan dihubungi.