Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Memohon Geran Pembangunan Perniagaan Sehingga RM500,000 Melalui Program SUPERB Anjuran TERAJU

Individu atau usahawan Bumiputera dipelawa untuk memohon geran pembangunan perniagaan melalui Program SUPERB anjuran TERAJU yang kini kembali dibuka.

Apakah Program SUPERB?

Program SUPERB atau Skim Usahawan Permulaan Bumiputera adalah program berasaskan pertandingan business pitching yang mengangkat idea perniagaan inovatif dan kreatif sebagai tema pertandingan.

Geran pembangunan perniagaan SUPERB ini mula diperkenalkan sejak tahun 2014 oleh TERAJU atau Unit Peneraju Agenda Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Jabatan Perdana Menteri.

Objektif

Untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera berdaya saing yang menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan.

Kaedah

1) Permohonan yang diterima akan disaring dan setiap permohonan akan dinilai berdasarkan potensi, inovasi dan kebolehpasaran produk serta kelestarian dan keupayaan perniagaan tersebut.

2) Hanya permohonan yang layak sahaja akan disenarai pendek untuk bersaing di sesi Business Challenge. Pemohon dikehendaki untuk membentangkan idea perniagaan mereka di hadapan panel juri profesional.

3) Idea perniagaan yang terpilih akan mara ke peringkat separuh akhir di mana pemohon yang layak perlu menjalani sesi Boot Camp sepanjang tempoh yang ditetapkan sebelum melakukan pembentangan mereka di peringkat separuh akhir di hadapan Jawatankuasa Penilaian SUPERB.

4) Sekiranya mara ke peringkat akhir, pemohon dikehendaki membentangkan idea perniagaan mereka sekali lagi di hadapan juri profesional yang terdiri daripada tokoh usahawan dan korporat Bumiputera yang ternama.

Kaedah

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Mendaftar Perniagaan Di Bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Untuk B40 Dan Pelajar IPT

Syarat kelayakan

1) Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 21 tahun hingga 40 tahun dan tidak muflis.

BUMIPUTERA:

  • Orang Melayu seperti yang didefinisikan di dalam Artikel 160(2) Perlembagaan Persekutuan.
  • Orang asli seperti yang didefinisikan di dalam Akta Orang Asli 1954.
  • Pribumi negeri Sarawak atau Sabah seperti yang didefinisikan di dalam Artikel 161A(6) dan 161A(7) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

2) Permohonan boleh dibuat secara individu atau menerusi syarikat yang ditubuhkan tidak lebih daripada tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.

SYARIKAT:

  • Sekurang-kurangnya 60% saham dalam syarikat pemohon adalah dimiliki oleh Bumiputera.
  • Majoriti daripada pengarah dan pengurusan syarikat pemohon adalah Bumiputera.
  • Pemegang saham utama hendaklah berusia di antara 21 hingga 40 tahun.
  • Semua pemegang saham syarikat bukan individu yang muflis.
  • Syarikat pemohon ditubuhkan tidak lebih daripada tiga (3) tahun dari tarikh permohonan dan merupakan sebuah syarikat yang solven.

3) Fasa projek dan nilai geran:

  • Idea/Prototaip (nilai geran perniagaan sehingga RM100 ribu).
  • Pra Komersial/Komersial (nilai geran perniagaan sehingga RM500 ribu).

4) Idea SUPERB yang dikemukakan oleh pemohon adalah berdasarkan idea yang asli dan tidak pernah didaftarkan di bawah permohonan hakmilik harta intelek oleh mana-mana pihak.

Tempoh permohonan

Mulai 27 September 2021 sehingga 11 Oktober 2021.

Tema SUPERB 2021

1) Ekonomi Digital (Contoh: Inovasi e-Dagang, Ekonomi Gig, Aplikasi Mobil, Teknologi 5G dan sebagainya).

2) Kewangan Islam (Contoh: Inovasi Kewangan Islam, Teknologi Kewangan (Fintech) dan sebagainya).

3) Pelancongan (Contoh: Inovasi dalam Industri Pelancongan, Kandungan Pelancongan dan sebagainya).

4) Pembuatan (Contoh: Inovasi Teknologi IR4.0, Sensor, Automasi dan sebagainya).

5) Halal dan Makanan (Contoh: Inovasi Teknologi Makanan, Sains Makanan dan sebagainya).

6) Pertanian dan Komoditi (Contoh: Inovasi Pertanian Moden, Bioteknologi dan sebagainya).

7) Pertahanan dan Keselamatan (Contoh: Inovasi dalam Sektor Pertahanan & Keselamatan dan sebagainya).

8) Pembinaan Modular (Contoh: Inovasi Pembinaan Modular dan sebagainya).

9) Aeroangkasa (Contoh: Inovasi dalam Sektor Aeroangkasa dan sebagainya).

10) Logistik, Pengangkutan dan Kelestarian Mobiliti (Contoh: Inovasi dalam Perkhidmatan Berasaskan Komuniti, Inovasi dalam Sektor Pengangkutan, Teknologi Kenderaan Elektrik & Logistik dan sebagainya).

Tema SUPERB 2021

Rakan kongsi strategik SUPERB 2021

1) Technology Park Malaysia (TPM).

2) Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV).

3) Bioeconomy Corporation (BEC).

4) Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

5) Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle).

LANGKAH-LANGKAH

Hanya ikuti 3 langkah mudah berikut untuk memenangi geran pembangunan perniagaan SUPERB:

LANGKAH-LANGKAH

1) Untuk mula memohon, layari https://superb.teraju.gov.my dan klik ‘Daftar’ (permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian).

Permohonan dalam talian

2) Masukkan ‘E-mel’, ‘No. MyKad’, ‘Kata Laluan’ dan klik butang ‘Daftar’.

Daftar

3) Kembali ke halaman utama untuk ‘Log Masuk’.

4) Ikuti arahan yang diberikan untuk mengisi borang, muat naik video dan hantar permohonan anda (seberapa banyak idea yang anda mahu boleh dihantar namun, hanya satu kelulusan yang akan diberi).

NOTA: Sampel klip video boleh dilihat DI SINI

Selamat berjaya!

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk memohon geran pembangunan perniagaan sehingga RM500,000 melalui Program SUPERB anjuran TERAJU, sila hubungi:

Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Tingkat 5, Menara Surian
No. 1, Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Telefon: 03-7839 8000
Laman web: https://superb.teraju.gov.my/contact-us
E-mel: [email protected]

Sumber: Unit Peneraju Agenda Bumiputera

Leave a Reply