Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Orang ramai kini boleh menyemak status kes Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan mudah secara atas talian menggunakan portal E-Syariah.
Portal rasmi e-Syariah dibangunkan bersama oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bagi membantu orang awam untuk mendapatkan maklumat terkini dan membuat rujukan menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara atas talian.
Orang awam boleh memuat turun e-Borang permohonan, notis, afidavit, membuat pencarian peguam Syarie, menyemak status kes dan menggunakan pelbagai lagi kemudahan lain.
1) Kes Mal
Di antara kes-kes mal adalah seperti berikut:
2) Kes Jenayah
Di antara kes-kes jenayah adalah seperti berikut:
3) Kes Faraid
Kes Faraid ialah kes yang didaftarkan untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya. Harta pusaka terbahagi kepada 2 iaitu:
1) Untuk mula menyemak status kes JKSM, layari portal rasmi e-Syariah di http://www.esyariah.gov.my. Untuk capaian lebih pantas, anda juga boleh menggunakan pautan INI.
2) Pilih jenis kes sama ada Kes Mal, Kes Jenayah atau Kes Faraid.
3) Masukkan ‘No. Kes’ sekiranya anda tahu ATAU masukkan ‘No. KP Baru/Lama/Polis/Tentera/No.Pasport’ dalam format berikut: 010101-01-XXXX
4) Klik ‘Cari’ dan ‘OK’ untuk meneruskan pencarian.
5) Keputusan akan dipaparkan. Anda boleh klik ‘Cari Semula’ atau menamatkan perkhidmatan.
PENAFIAN: JKSM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal E-Syariah.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara semak status kes Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) secara atas talian menggunakan portal E-Syariah, sila hubungi:
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3,
62100 Putrajaya.
Telefon: (+603) 8870 9200
Faks: (+603) 8870 9500
E-mel: [email protected]