Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Mendaftar Dalam Program Latihan Asas Keusahawanan Secara Dalam Talian N-GENE Anjuran MEDAC

Golongan belia dan graduan yang berminat untuk menjadi usahawan kini boleh mengikuti program latihan asas keusahawanan secara dalam talian N-GENE anjuran MEDAC.

Apakah Latihan Asas Keusahawanan N-GENE anjuran MEDAC?

Program N-GENE atau New Gen Entrepreneurs Online Bootcamp merupakan sebuah program latihan asas keusahawanan secara dalam talian serta bimbingan perniagaan end-to-end untuk membantu belia dan graduan memulakan perniagaan berisiko rendah.

Program ini diterajui oleh unit PROTÉGÉ, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang merupakan inisiatif kerajaan untuk membangunkan para usahawan menerusi program latihan dan pembangunan.

N-GENE telah diumumkan YAB Perdana Menteri pada 17 Mac 2021 sebagai salah satu inisiatif PEMERKASA atau Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi.

SME Bank CEDAR, PERNAS, INSKEN dan juga TEKUN Nasional turut bekerjasama dengan PROTÉGÉ bagi menjayakan program ini.

Faedah N-GENE

1) Latihan asas keusahawan secara dalam talian dan bimbingan perniagaan secara PERCUMA.

2) Geran mikro permulaan perniagaan sebanyak RM3,000.

3) Dipadankan dengan perniagaan francais/pra-francais bagi yang belum memulakan perniagaan.

Syarat kelayakan

1) Warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 40 tahun;

2) Graduan Diploma dan ke atas adalah nilai tambah bagi permohonan ini;

3) Syarat-syarat lain:

  • Baru memulakan perniagaan; ATAU
  • Berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, sama ada telah atau belum mempunyai perancangan perniagaan.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Mendaftar Dalam Program Skim Perantisan Nasional (SPN) Anjuran Kementerian Belia Dan Sukan

Struktur latihan N-GENE

1) Bagi mereka yang baru memulakan perniagaan, 5 hari bekerja akan melibatkan proses saringan/semakan latar belakang, 5 hari lagi akan melibatkan 7 modul latihan dalam talian dan seterusnya 6 bulan lagi untuk bimbingan perniagaan dan pematuhan.

2) Bagi mereka yang belum memulakan perniagaan pula, 5 hari bekerja akan melibatkan proses saringan/semakan latar belakang, 20 hari lagi akan melibatkan 6 modul latihan dalam talian dan seterusnya 6 bulan lagi untuk bimbingan perniagaan dan pematuhan.

Sila rujuk infografik berikut untuk maklumat lanjut:

Struktur latihan N-GENE

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari laman web rasmi PROTÉGÉ N-GENE di http://protege.gov.my

2) Klik ‘Pendaftaran’.

LANGKAH-LANGKAH

3) Pilih saluran yang betul berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan klik ‘Daftar di sini’.

Daftar di sini

4) Log masuk dengan menggunakan akaun Google anda untuk mengisi borang pendaftaran menggunakan Google Forms.

5) Klik ‘Submit’.

NOTA: Sekretariat berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati maklumat yang dinyatakan tidak tepat atau tidak lengkap.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk mendaftar dalam program latihan asas keusahawanan secara dalam talian N-GENE anjuran MEDAC, sila hubungi Sekretariat yang bertugas seperti berikut:

No. Telefon: 03-2935 8989 (sambungan 302)
Pn. Nurul Syarmiera binti Yusof
En. Muhammad Haiban bin Mohd Rohim
En. Ahmad Nazrin Shah bin Ahmad Nazimuddin
E-mel: [email protected]

Sumber: Portal Rasmi PROTÉGÉ

Leave a Reply