Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pencarum PERKESO yang merupakan pesakit COVID-19 adalah dilindungi di bawah skim bantuan faedah PERKESO dan layak untuk membuat tuntutan.
1) Pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 BERPUNCA dari aktiviti pekerjaannya termasuk Person Under Investigation (PUI) yang disabitkan terbit daripada atau disebabkan oleh pekerjaannya dan menjalani tempoh kuarantin layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan yang menyediakan faedah berikut:
2) Pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 BUKAN BERPUNCA dari pekerjaannya dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut:
Baca juga: Cara Untuk Majikan Memohon Kit Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan PERKESO
90% daripada gaji mengikut jumlah hari dirawat di hospital sehingga disahkan negatif.
Tempoh maksimum selama 45 hari daripada tarikh kes diterima.
1) Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34 (boleh dimuat turun DI SINI).
2) Salinan Kad Pengenalan/MyKad.
3) Sijil Cuti Sakit asal atau surat kuarantin dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
4) Salinan rekod kedatangan/kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan/sistem kad perakam waktu).
5) Laporan pengesahan positif COVID-19 atau salinan aplikasi MySejahtera.
6) Slip gaji 6 bulan sebelum disahkan positif COVID-19.
7) Salinan muka hadapan buku akaun bank/penyata akaun simpanan.
NOTA: Permohonan mesti dikemukakan oleh pihak majikan.
1) Secara manual
Cara permohonan untuk menuntut faedah PERKESO bagi pesakit COVID-19 adalah sama seperti tuntutan bagi kemalangan semasa bekerja iaitu dengan melengkapkan Borang 34 dan dikemukakan secara manual kepada pejabat PERKESO berhampiran.
2) Secara dalam talian
Majikan juga boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian menerusi Portal Permohonan Faedah di pautan https://faedah.perkeso.gov.my dengan log masuk menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) yang sama bagi Portal ASSIST.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk buat tuntutan bantuan faedah PERKESO bagi pesakit COVID-19, sila hubungi:
Menara PERKESO,
281, Jalan Ampang,
50538 Kuala Lumpur.
No. Khidmat Pelanggan: 1-300-22-8000
E-mel: [email protected]