Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Membeli Rumah Mampu Milik Di Wilayah Persekutuan Di Bawah Program Residensi Wilayah

Mereka yang layak kini boleh memohon untuk membeli rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan di bawah program Residensi Wilayah.

Apakah Residensi Wilayah?

Residensi Wilayah (dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP) merupakan program rumah mampu milik yang selesa dan berkualiti untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan dan hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

1 Apakah Residensi Wilayah

Jenis rumah

Tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan, yard serta berstatus strata.

Bilangan rumah

Dijangka 80,000 unit akan dibina dalam tempoh masa 10 tahun (2019 – 2028).

Syarat kelayakan pemohon

1) Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.

2) Pendapatan kasar isi rumah bagi pemohon individu (bujang/tidak berkeluarga) hendaklah tidak lebih daripada RM10,000 sebulan manakala berkeluarga (suami dan isteri) tidak lebih daripada RM15,000 sebulan.

3) Dilahirkan atau bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan.

4) Satu permohonan sahaja bagi setiap isi rumah.

5) Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja.

6) Berdaftar di Portal Residensi Wilayah.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memiliki Kediaman Sendiri Di Bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Syarat kelayakan penama kedua

1) Terhad kepada pasangan (suami/isteri) atau ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah (kandung) sahaja yang merujuk kepada ibu/bapa/adik-beradik/anak dan berstatus warganegara Malaysia.

2) Kombinasi pendapatan pemohon dan penama kedua hendaklah tidak melebihi RM15,000 sebulan.

3) Penama kedua juga mestilah belum memiliki rumah mampu milik Residensi Wilayah.

LANGKAH-LANGKAH

1) Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian. Layari Portal Residensi Wilayah di https://residensiwilayah.kwp.gov.my.

2) Klik ‘Daftar’.

LANGKAH-LANGKAH

3) Sila baca dahulu dengan teliti ‘Garis panduan permohonan Residensi Wilayah’ serta senarai dokumen sokongan yang DIWAJIBKAN untuk dimuat naik.

4) Klik ‘Saya Layak’.

Saya Layak

5) Isi butiran yang diperlukan dan klik ‘Daftar’.

Daftar

6) Selepas pendaftaran berjaya dibuat, pemohon boleh terus ‘Log Masuk’ di halaman utama portal.

Log Masuk

7) Seterusnya pemohon boleh memilih projek yang diminati, muat turun surat akuan sumpah, muat naik dokumen sokongan dan teruskan dengan permohonan membeli rumah.

8) Untuk semakan status permohonan semasa, pemohon boleh log masuk kembali ke portal Residensi Wilayah.

9) Keputusan permohonan sama ada ‘Berjaya’, ‘Tidak Berjaya’ atau ‘Tidak Lengkap’ setelah disemak oleh Urus Setia akan die-mel ke alamat e-mel pemohon. Pemohon perlu memastikan alamat e-mel adalah betul kerana semua notifikasi akan dihantar melalui alamat e-mel ini.

10) Pemohon yang telah berjaya ditawarkan unit Residensi Wilayah perlu mengemukakan bayaran sebanyak 10% daripada harga unit yang ditawarkan kepada pemaju selaras dengan Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani antara pembeli dan pemaju untuk urusan jual beli selanjutnya.

NOTA: Aplikasi telefon pintar Residensi Wilayah turut boleh dimuat turun bagi peranti Android di Google Play dan bagi peranti iOS di Apple App Store.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk membeli rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan di bawah program Residensi Wilayah, sila hubungi:

Urus Setia Residensi Wilayah,
Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.
Faks: 03-8889 7640
Emel: [email protected]

Sumber: Portal Rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan

Leave a Reply